sfhzuraz Publish time 12-5-2025 07:17 PM

Rakan trauma nampak Aqil terkapai-kapai minta tolong sebelum tenggelam

Rakan trauma nampak Aqil terkapai-kapai minta tolong sebelum tenggelam

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 12, 2025 @ 2:00pm



BALING: "Saya mimpi dia minta tolong malam tadi sambil melambai tangan dan beritahu ayaq (air) tinggi tetapi saya tak dapat bantu dia," kata Putera Muhamad Faris Fadli, 12.
Putera Muhamad Faris adalah rakan Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, 12, yang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lapan rakannya di sungai Felda Teloi Kanan, semalam.
Katanya, ketika itu mereka baru pulang sekolah dan pergi sungai jam 1.45 tengah hari. Difahamkan, mereka ada latihan bola sepak di sekolah jam 4 petang semalam tetapi singgah dahulu mandi sungai.
"Selepas kejadian itu, saya tidak dapat melelapkan mata kerana masih teringatkan jeritan Aqil meminta tolong sebelum tenggelam ke dasar sungai.
"Ketika itu, saya nampak hanya pergelangan tangan Aqil terkapai-kapai sebelum dia tenggelam," katanya ditemui di lokasi pencarian mangsa.
Media sebelum ini melaporkan, budak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas di sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini semalam.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/cari_budak_lemas_1747029750.jpg
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, Baling semalam. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli





sfhzuraz Publish time 12-5-2025 07:18 PM

d75GaXLVBrU?si=P9pvx-2cLUQpDtxO
Pages: [1]
View full version: Rakan trauma nampak Aqil terkapai-kapai minta tolong sebelum tenggelam


ADVERTISEMENT