sfhzuraz Publish time 12-5-2025 07:15 PM

Pekerja hotel cedera kereta terjunam gaung 10 meter

Pekerja hotel cedera kereta terjunam gaung 10 meter

Mei 12, 2025 @ 7:11pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhkawi_1747048302.jpg
Perodua Axia dipandu seorang wanita terdampar di tepi pantai selepas terbabas dan terjunam dari gaung di Jalan Teluk Yu di Langkawi. - Foto ihsan polis


Pekerja Oleh Hamzah Osman

LANGKAWI: Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya terjunam ke gaung berhampiran pantai setinggi kira-kira 10 meter di Jalan Teluk Yu di sini, pagi tadi.
Kejadian berlaku jam 11.35 pagi ketika mangsa, 22, memandu Perodua Axia untuk ke tempat kerjanya di sebuah hotel di Pantai Kok, di sini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun mangsa hanya cedera ringan pada tangan dan kaki kiri.
"Sejurus melalui selekoh, kereta hilang kawalan dan terbabas lalu jatuh gaung, sebelum tercampak di tepi pantai.
"Pemandu mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan," katanya melalui kenyataan.
Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1395149/pekerja-hotel-cedera-kereta-terjunam-gaung-10-meter




Pages: [1]
View full version: Pekerja hotel cedera kereta terjunam gaung 10 meter


ADVERTISEMENT