sfhzuraz Publish time 12-5-2025 10:32 AM

Operasi SAR budak 12 tahun dikhuatiri lemas disambung hari ini

Operasi SAR budak 12 tahun dikhuatiri lemas disambung hari ini

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 12, 2025 @ 8:11am




https://assets.bharian.com.my/images/articles/kuala_ketil_1747008669.jpg
Anggota Bomba melakukan pemantauan di lokasi kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai berhampiran Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, Baling. - Foto Bomba


BALING: Seorang budak lelaki 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, semalam.
Mangsa dipercayai tenggelam dalam sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.17 petang, semalam.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai mandi bersama lapan rakannya di sungai berkenaan sebelum dia dilaporkan tenggelam ," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, operasi pencarian dilakukan dengan bantuan penduduk kampung berkenaan dan polis petang semalam namun gagal menemui sebarang petunjuk.
"Selepas gagal menemui petunjuk, operasi ditangguhkan jam 6.30 petang semalam dan disambung semula 8 pagi ini.
"Operasi hari ini akan disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan Jitra selain Unit Anjing Pengesan (K-9) polis dan bomba," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1394923/operasi-sar-budak-12-tahun-dikhuatiri-lemas-disambung-hari-ini




Pages: [1]
View full version: Operasi SAR budak 12 tahun dikhuatiri lemas disambung hari ini


ADVERTISEMENT