Budak lelaki dikhuatiri hilang ketika mandi sungai
Budak lelaki dikhuatiri hilang ketika mandi sungaiSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
11 Mei 2025 11:04pm
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/11/3121240.webp
Operasi pencarian ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan bersambung pada Isnin. Foto ihsan pembaca
BALING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri hilang ketika mandi di sungai berhampiran Felda Teloi Kanan pada petang Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.16 petang.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai mandi di sungai berkenaan bersama beberapa rakannya sebelum tiba-tiba tenggelam dan hilang.
“Mangsa, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, dipercayai sedang mandi bersama beberapa rakannya sebelum dia dilaporkan tenggelam dan hilang,” katanya.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Bagaimanapun, jelasnya, operasi pencarian telah ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan akan disambung pada Isnin
“Pencarian akan diteruskan esok dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan Jitra, selain Unit Anjing Pengesan K-9 milik polis dan bomba,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/727918/berita/semasa/budak-lelaki-dikhuatiri-hilang-ketika-mandi-sungai
Pages:
[1]