Ular sawa tak sempat telan kambing Boer
Ular sawa tak sempat telan kambing BoerZuliaty Zulkiffli - Mei 11, 2025 @ 10:04am
BALING: Bomba menangkap seekor ular sawa batik yang membelit seekor kambing Boer di sebuah kandang milik penduduk Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya terima panggilan jam 10.37 malam.
"Di lokasi, ular sawa itu masih berada dalam kandang kambing dan sedang membelit seekor kambing Boer, menunggu masa untuk menelannya.
"Walaupun kambing itu bersaiz besar, ular sawa itu mampu menelannya tetapi ia tidak sempat berbuat demikian.
"Ular sawa itu dipercayai sedang lapar kerana ketika anggota kami cuba menangkapnya, ia bersifat agresif dan cuba menyerang, namun ia dapat ditangkap 15 minit kemudian," katanya dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, ular sawa bersaiz agak besar itu akan diserahkan kepada PERHILITAN.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/0511rssawa_1746934017.jpg
Anggota Bomba Baling menangkap seekor ular sawa yang tidak sempat menelan kambing Boer di Kampung Mengkuang Hujung. - Foto Ihsan BOMBA
yA2kiJE84mA?si=zTKBef0FlTWSOjV_
Pages:
[1]