sfhzuraz Publish time 11-5-2025 06:02 PM

Polis tahan 4 suspek sindiket ah long, aktif simbah cat di Pulau Pinang

Polis tahan 4 suspek sindiket ah long, aktif simbah cat di Pulau Pinang

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 11, 2025 @ 3:43pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/simbah_cat_1746949512.jpg
Polis menahan empat lelaki berusia 34 hingga 42 tahun kerana terbabit sindiket peminjaman wang tanpa lesen atau ah long serta disyaki aktif melakukan perbuatan khianat menyimbah cat di beberapa lokasi di Pulau Pinang, semalam. - Foto PDRM


GEORGETOWN: Polis menahan empat lelaki berusia 34 hingga 42 tahun kerana terbabit sindiket peminjaman wang tanpa lesen atau ah long serta disyaki aktif melakukan perbuatan khianat menyimbah cat di premis perumahan sekitar Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak telah melakukan serbuan secara berasingan hingga membawa kepada penahanan suspek terbabit di beberapa lokasi di negeri ini, semalam.
"Semua individu yang ditahan dipercayai terbabit aktif dalam kegiatan khianat simbah cat berkaitan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen membabitkan sindiket ah long tempatan dan juga secara dalam talian.
"Hasil soal siasat terhadap suspek mengaku terbabit dalam 33 kes simbah cat yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.
"Pemeriksaan telefon bimbit yang dirampas turut menemukan 33 alamat sasaran lokasi kejadian simbah cat yang dipercayai dilakukan suspek," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hamzah berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta Toyota Vios, lima telefon bimbit, tiga keping kad Touch 'n Go, nota ugutan, pita pelekat, pen penanda, kertas A4, topeng muka, cat merah, topi dan dua nombor pendaftaran kenderaan palsu.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1394748/polis-tahan-4-suspek-sindiket-ah-long-aktif-simbah-cat-di-pulau-pinang




Pages: [1]
View full version: Polis tahan 4 suspek sindiket ah long, aktif simbah cat di Pulau Pinang


ADVERTISEMENT