Kebakaran gudang cat dan pelarut merebak ke stor bahan kimia
Kebakaran gudang cat dan pelarut merebak ke stor bahan kimiaOleh Nur Izzati Mohamad - Mei 10, 2025 @ 4:00pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/metajam_1746864017.jpg
Anggota Bomba Dan Penyelamat melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran gudang menyimpan cat dan pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam. - Foto JPBM
BUKIT MERTAJAM: Sebuah gudang cat dan pelarut di Jalan Permatang Tinggi terbakar tengah hari tadi sehingga kebakaran itu dilaporkan merebak ke premis penyimpanan bahan kimia yang terletak bersebelahan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.11 tengah hari.
"Kebakaran gudang cat didapati telah merebak ke premis bersebelahan yang mana ia adalah gudang menyimpan bahan 'methanol' dan 'toulene'.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/metajam2_1746864020.jpg
Kebakaran gudang menyimpan cat dan pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam dilaporkan merebak ke premis penyimpanan bahan kimia ‘methanol’ dan ‘toulene’ yang terletak bersebelahan. - Foto JBPM Pulau Pinang
"Pasukan bomba dan penyelamat menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kebakaran tidak membabitkan mangsa.
Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar kebakaran yang menyebabkan api dan kepulan asap menjulang tinggi ke udara dirakamkan pengguna jalan berhampiran.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1394424/kebakaran-gudang-cat-dan-pelarut-merebak-ke-stor-bahan-kimia
Pages:
[1]