Dua kampung di Baling kena banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam
Dua kampung di Baling kena banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jamOleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 10, 2025 @ 9:24am
BALING: Hujan lebat berterusan lebih dua jam bermula sejak jam 3 pagi tadi menyebabkan 25 rumah di dua kampung di daerah ini dilanda banjir kilat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian banjir itu pada jam 5.40 pagi tadi.
Kawasan yang terjejas adalah Kampung Pantai dan Kampung Lubuk Pedati yang membabitkan keseluruhan mangsa seramai 60 orang.
[*]
"Bagaimanapun tiada mangsa dipindahkan setakat ini namun anggota Bomba masih melakukan pemantauan.
"Penduduk berhampiran memaklumkan banjir kilat ini biasanya berlaku disebabkan air dari bukit yang turun akibat hujan lebat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kedalaman air di kawasan kampung berkenaan adalah sekitar paras lutut dan terdapat beberapa kenderaan turut terjejas.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/banjikling_1746845195.jpg
Anggota Bomba melakukan pemantauan paras air di Sungai Lubuk Pedati
Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti riadah di sekitar Sungai Lubuk Pedati disebabkan paras air yang agak tinggi ketika ini dan bahaya kerana airnya laju.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/hm352paras_1746845192.jpg
Anggota Bomba melakukan pemantauan paras air di Sungai Lubuk Pedati yang agak laju berikutan hujan lebat lebih dua jam dan merbahaya untuk sebarang aktiviti riadah ketika ini. - Foto ihsan BOMBA
Te4VC17Txs8?si=vhy6vzr3qoFm9g-A
Pages:
[1]