Salah pemain terbaik FWA buat kali ketiga
Salah pemain terbaik FWA buat kali ketigaMei 9, 2025 @ 7:45pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND_LIV-ARS_1746791137.jpg
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik tahun ini menerusi undian Persatuan Penulis Bolasepak (FWA). - Foto REUTERS
LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik tahun ini menerusi undian Persatuan Penulis Bolasepak (FWA).
Ia kali ketiga Salah memenangi anugerah itu, manakala penyerang Arsenal, Alessia Russo mengungguli kategori wanita.
Salah yang menjadi pemain kedua memenangi anugerah itu sebanyak tiga kali selepas bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry, kini mendahului carta penjaring Liga Perdana Inggeris dengan 28 gol musim ini, membantu Liverpool merangkul kejuaraan liga kedua sejak dia menyertai kelab itu pada 2017.
"Dia mendapat 90 peratus undian daripada lebih 900 ahli FWA, margin kemenangan terbesar abad ini," kata FWA dalam satu kenyataan.
Rakan sepasukan Salah, Virgil Van Dijk berada di tempat kedua dalam undian itu, diikuti Alexander Isak dari Newcastle United dan pemain Arsenal, Declan Rice.
Penyerang England, Russo, yang menjaringkan lapan gol dalam Liga Juara-Juara Wanita untuk membantu Arsenal mara ke perlawanan akhir pula mengatasi penyerang Manchester City dan pemenang tahun lalu, Khadija Shaw.
Penyerang Arsenal, Mariona Caldentey menduduki tempat ketiga dalam undian itu, manakala kapten Chelsea, Millie Bright berada di tempat keempat.
Salah dan Russo akan menerima anugerah mereka dalam satu majlis di London pada 22 Mei. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1394171/salah-pemain-terbaik-fwa-buat-kali-ketiga
Pages:
[1]