sfhzuraz Publish time 9-5-2025 08:59 PM

Juwaidi-Fatin lebur rekod kebangsaan acara compound

Juwaidi-Fatin lebur rekod kebangsaan acara compound

BERNAMA



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/fatin_1746784161.jpg
JUWAIDI dan Fatin akan berdepan pilihan utama dari India untuk penentuan pingat gangsa esok.


Kuala Lumpur: Gandingan pemanah berpengalaman negara, Mohd Juwaidi Mazuki-Fatin Nurfatehah Mat Salleh, berjaya memperbaharui rekod kebangsaan acara memanah compound berpasukan campuran pada Peringkat Kedua Piala Dunia Memanah 2025 di Shanghai, China, hari ini.
Rekod baharu itu dicatatkan ketika Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah menewaskan pasangan Nicolas Girard-Clemence Fraigneau dari Perancis 159-154 dalam pusingan kedua saingan compound berpasukan campuran, menurut laman web kejohanan https://www.worldarchery.sport/events/results.
Pasangan negara itu memadam rekod lama 158 milik mereka yang dilakukan dalam Peringkat Ketiga Kejohanan Piala Asia-Penentuan Ranking Dunia 2023 di Singapura.
Nasib tidak menyebelahi Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah dalam usaha mencabar pingat emas apabila tewas di separuh akhir kepada Batuhan Akcaoglu-Hazal Burun dari Turkiye 156-157 selepas terdahulu cemerlang mengatasi gandingan Korea Selatan, Kim Jongho-Sim Sooin di suku akhir.
Bagaimanapun, mereka berpeluang membawa pulang sesuatu sekiranya berjaya mencipta kejutan ke atas gandingan Abhishek Verma-Madhura Dhamangaonkar dari India dalam penentuan pingat gangsa esok.
"Tak sangka juga boleh buat rekod kebangsaan tadi, sebab fokus utama adalah untuk membidik dengan baik dan bergerak ke pusingan seterusnya.
"Mengenai perlawanan esok, agak sukar kerana lawan adalah India yang menduduki ranking nombor satu, kami hanya akan buat yang terbaik, semoga nasib menyebelahi kami," kata Fatin Nurfatehah ketika dihubungi hari ini.


Disiarkan pada: Mei 9, 2025 @ 5:49pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1216820/juwaidi-fatin-lebur-rekod-kebangsaan-acara-compound



Pages: [1]
View full version: Juwaidi-Fatin lebur rekod kebangsaan acara compound


ADVERTISEMENT