sfhzuraz Publish time 9-5-2025 04:38 PM

Kerani diperdaya RM685,000 angkara pelaburan dalam talian

Kerani diperdaya RM685,000 angkara pelaburan dalam talian

Zuhainy [email protected]





https://assets.hmetro.com.my/images/articles/scam_2_1746778056.jpg
Gambar hiasan



Georgetown: Kerani syarikat swasta kerugian sebanyak RM685,000 selepas diperdaya dengan sindiket pelaburan atas talian.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 60 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, semalam.
Menurutnya, mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham menerusi Facebook pada Disember lalu yang dijanjikan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.
"Mangsa yang berminat melabur berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan dalam kumpulan aplikasi itu bagi diberikan penerangan lanjut.
"Mangsa diminta bagi memuat turun satu aplikasi sebelum mendaftar keahlian dan melabur dalam pelaburan itu lalu membuat 19 transaksi ke empat akaun bank yang berbeza," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hamzah berkata, mangsa menyedari terpedaya apabila diminta membuat pembayaran sebanyak 10 peratus daripada nilai keuntungan ketika ingin mengeluarkan keuntungan berjumlah RM1.4 juta.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Mei 9, 2025 @ 4:07pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1216771/kerani-diperdaya-rm685000-angkara-pelaburan-dalam-talian



Pages: [1]
View full version: Kerani diperdaya RM685,000 angkara pelaburan dalam talian


ADVERTISEMENT