sfhzuraz Publish time 9-5-2025 12:46 PM

Roglic calon juara Giro d'Italia

Roglic calon juara Giro d'Italia

AFP



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/CYCLING-ALB-ITA-GIRO_1746765799.jpg
ROGLIC dan Ayuso mengetuai senarai pencabar dalam perlumbaan Giro d’Italia. -FOTO AFP


Paris: Primoz Roglic dan Juan Ayuso mengetuai senarai pencabar dalam perlumbaan Giro d'Italia yang membabitkan 21 peringkat pendakian dan kemuncak di kawasan pergunungan Alps yang tinggi, bermula Jumaat ini dengan tiga peringkat pertama akan berlangsung di Albania.
Juara bertahan, Tadej Pogacar tidak menyertai perlumbaan kali ini, namun ramai pelumba berpotensi merangkul kejuaraan dalam acara yang kadangkala berpihak kepada pelumba luar jangkaan.
Pelumba Red Bull-Bora, Roglic, adalah pemenang lima kali Grand Tour akan mendapat sokongan juara Giro 2022, Jai Hindley dan naib juara 2024 Dani Martinez.
Roglic, 35, juga boleh bergantung kepada pelumba Itali yang berani, Gianni Moscon, untuk membantu menggerakkan pasukan di bahagian tengah peloton.
Pelumba Slovenia itu memiliki keupayaan menyerlah dalam acara ujian masa, pendakian dan laluan gunung yang tinggi. Namun dia juga dikenali kerana mudah goyah apabila berseorangan atau ketika menuruni bukit secara agresif.
Roglic pernah menyatakan sasaran utamanya tahun ini adalah Tour de France, dan jika dia berjaya menjuarai Giro sekali lagi, dia akan menjadi pelumba tertua yang pernah memenanginya.
"Dalam hati saya masih rasa seperti umur 20 tahun," katanya minggu ini.
Ayuso, pelumba Sepanyol berusia 22 tahun yang memenangi perlumbaan Tirreno-Adriatico tahun ini akan membuat penampilan sulung di Giro, akan dibantu seorang lagi calon juara dari Team UAE, Adam Yates, yang memiliki kelebihan di kawasan pergunungan tetapi hanya sederhana dalam ujian masa.
Team UAE memenangi perlumbaan pada 2024 menerusi Pogacar, yang meraih enam kemenangan peringkat dan menjuarai dengan kelebihan sepuluh minit, meletakkan penanda aras tinggi buat Ayuso, pencabar muda yang baru muncul.


Disiarkan pada: Mei 9, 2025 @ 12:43pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1216694/roglic-calon-juara-giro-ditalia



Pages: [1]
View full version: Roglic calon juara Giro d'Italia


ADVERTISEMENT