sfhzuraz Publish time 9-5-2025 03:46 AM

Venue ikonik dipilih venue pembukaan Olimpik LA28

Venue ikonik dipilih venue pembukaan Olimpik LA28

Reuters



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/OLYMPICS-IOC__1746719716.jpg
Logo Olimpik kelihatan pada bangunan Villa Olympia sempena Mesyuarat Lembaga Eksekutif IOC di Ibu Pejabat Olimpik, Lausanne, Switzerland, 9 April 2025. - Foto Reuters


Los Angeles: Dua stadium ikonik di Los Angeles, Memorial Coliseum dan SoFi Stadium, diumumkan sebagai lokasi rasmi bagi upacara pembukaan serta penutupan temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Penganjur LA28, acara pembukaan pada 14 Julai 2028 akan berlangsung serentak di kedua-dua venue iaitu satu pendekatan unik dalam sejarah Olimpik dengan Coliseum membawa warisan sebagai venue pertama yang menjadi tuan rumah untuk tiga edisi Olimpik, dan SoFi Stadium pula menawarkan teknologi moden bertaraf dunia.
"Pilihannya mencerminkan sejarah sukan yang kaya dan masa depan yang canggih di Los Angeles. Ia bakal mencipta pengalaman yang sukar dilupakan," kata Pengerusi dan Presiden LA28, Casey Wasserman.
Upacara penutupan pada 30 Julai akan berlangsung di Coliseum, manakala bagi temasya Paralimpik pula, SoFi Stadium akan menjadi lokasi pembukaan pada 15 Ogos, dan Coliseum sekali lagi digunakan bagi upacara penutup pada 27 Ogos.
Ini adalah kali pertama Los Angeles menjadi tuan rumah untuk Sukan Paralimpik, selepas dua kali menjadi lokasi Olimpik masing-masing pada 1932 dan 1984.
"Majlis penutupan Paralimpik akan menjadi detik simbolik yang menghubungkan pergerakan Olimpik dan Paralimpik dengan bandar Los Angeles secara kekal," menurut kenyataan rasmi LA28.
Pemilihan venue ini sebenarnya sudah dijangka, kerana ia dikemukakan dalam bidaan rasmi LA pada tahun 2017. Tahun lalu, pembukaan Olimpik Paris mencuri perhatian apabila perarakan pasukan negara dilakukan atas bot menyusuri Sungai Seine, walaupun cuaca hujan.
Penutupan di Paris pula menampilkan aksi dramatik pelakon Tom Cruise yang menuruni bumbung Stade de France sambil membawa bendera Olimpik yang akhirnya tiba di Los Angeles dan disambut dengan parti pantai di Long Beach.


Disiarkan pada: Mei 8, 2025 @ 11:55pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1216558/venue-ikonik-dipilih-venue-pembukaan-olimpik-la28



Pages: [1]
View full version: Venue ikonik dipilih venue pembukaan Olimpik LA28


ADVERTISEMENT