sfhzuraz Publish time 8-5-2025 07:05 PM

Aniq tiada masalah tukar kategori baharu

Aniq tiada masalah tukar kategori baharu

Oleh Sukhairi Thani - Mei 8, 2025 @ 6:20pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/aniqla28_1746699599.jpg
Aniq akan bertanding dalam kategori baharu 60kg susulan IWF menyusun semula kategori berat dalam pertandingan.


KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menyifatkan Aniq Kasdan tidak akan berdepan masalah besar apabila badang negara itu bertukar ke kategori baharu 60 kilogram (kg) bermula bulan depan.
Ia selepas Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) menyusun semula kategori berat bermula di Kejohanan Komanwel 2025 di India pada Ogos ini yang juga pentas kelayakan ke Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Ayub berkata, Aniq yang menamatkan saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di tempat keempat pernah menyertai beberapa kategori bermula daripada 55kg dan baginya, ia bukan satu halangan besar buat Aniq yang bakal beralih ke kategori 60kg selepas ini.
"Sepatutnya tidak ada masalah besar. Sebelum ini dia 55kg dan naik ke 61kg dan dapat menyertai Sukan Olimpik. Dia akan bertanding dalam 60kg untuk kategori baharu dan di India nanti baru kita tahu siapa pesaing dia untuk Sukan Komanwel.
"Ini kerana atlet yang 61kg rasanya akan ramai turun ke 60kg, begitu juga 55kg yang sudah dimansuhkan dan jika mereka ingin aktif lagi dalam sukan ini, tentunya akan naikkan berat badan untuk bertanding bagi kategori baharu 60kg atau 65kg," kata Ayub.
Aniq turut dijadual menyertai Kejohanan Asia 2025 di Zhejiang, China pada Sabtu ini dalam kategori 61kg - pentas terakhir sebelum dia berasi dalam kategori baharu.
Selain Aniq, kontinjen angkat berat negara turut disertai lima lelaki dan seorang wanita.
IWF pada hujung tahun lalu, mengumumkan kategori baharu bagi lelaki iaitu 60kg, 65kg, 71kg, 79kg, 88kg, 98kg, 110kg dan 110kg ke atas menggantikan kategori berat badan lama, 55kg, 61kg, 67kg, 73kg, 81kg, 89kg, 96kg, 102kg, 109kg dan 109kg ke atas.
Kategori wanita membabitkan 45kg, 49kg, 55kg, 59kg, 64kg, 71kg, 76kg, 81kg, 87kg dan 87kg ke atas turut diganti hanya tujuh kategori iaitu 53kg, 58kg, 63kg, 69kg, 77kg, 87kg dan 87kg ke atas.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1393741/aniq-tiada-masalah-tukar-kategori-baharu




Pages: [1]
View full version: Aniq tiada masalah tukar kategori baharu


ADVERTISEMENT