sfhzuraz Publish time 8-5-2025 06:24 PM

Penunggang motosikal, pemandu pikap sudah tampil - Polis

Penunggang motosikal, pemandu pikap sudah tampil - Polis

MOHD ISKANDAR OTHMAN
08 Mei 2025 04:40pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/08/3116908.webp
Video tular yang didakwa kes langgar lari yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.


GEORGE TOWN – Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang penunggang motosikal dan seorang pemandu pikap yang terbabit dalam insiden kemalangan langgar lari yang tular di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku pada Selasa lalu, kira-kira jam 6.30 petang.

Menurutnya, semasa kejadian, penunggang motosikal iaitu seorang wanita tempatan berusia 48 tahun dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kepala Batas.
“Ketika berada di atas lebuh raya berkenaan, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah kanan sebelum beliau terjatuh ke atas jalan.

“Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar, manakala pemandu pikap berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Abdul Rozak berkata, kedua-dua individu terbabit telah tampil membuat laporan polis pada 7 Mei bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menunggang atau memandu dengan cuai di jalan awam.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, tular satu rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan insiden kemalangan langgar lari di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan sebuah pikap berwarna putih menukar lorong hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabas dan terjatuh ke atas jalan raya.
Bagaimanapun, pemandu pikap tersebut dilihat tidak memberhentikan kenderaan dan terus meninggalkan lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/727374/berita/semasa/penunggang-motosikal-pemandu-pikap-sudah-tampil---polis


Pages: [1]
View full version: Penunggang motosikal, pemandu pikap sudah tampil - Polis


ADVERTISEMENT