sfhzuraz Publish time 7-5-2025 11:09 PM

Aidil Sholeh lolos, Tze Yong terkandas

Aidil Sholeh lolos, Tze Yong terkandas

Oleh Helmi Talkah - Mei 7, 2025 @ 6:47pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhaidil_1746614848.jpg
Aidil Sholeh mara ke pusingan kedua Terbuka Taiwan hari ini selepas menewaskan pemain muda negara, Tan Jia Jie 21-13, 11-21, 21-8.


KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong masih mencari rentak terbaiknya namun mula menunjukkan petanda positif apabila berjaya mengheret permainan ke tiga set sebelum tewas di pusingan pertama Terbuka Taiwan, hari ini.
Dalam aksi menentang pemain tuan rumah, Wong Po Wei di Arena Taipei, Tze Yong memberikan tentangan sengit sebelum akur dengan kekalahan 21-18, 18-21, 17-21 selepas bertarung selama 1 jam 27 minit.
Ini adalah kejohanan keduanya selepas berehat selama setahun akibat kecederaan belakang, dan kekalahan hari ini mengulangi nasib sama yang dialaminya di Kejohanan Badminton Asia bulan lalu apabila turut terkandas di pusingan pertama selepas tewas di tangan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn.
Meskipun belum mampu mencatat kemenangan, corak permainan Tze Yong yang semakin agresif memberi bayangan bahawa dia sedang berada di landasan untuk kembali ke tahap sebenar namun masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukannya.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional, Aidil Sholeh Ali Sadikin berjaya menempah slot ke pusingan kedua selepas menewaskan pemain muda negara, Tan Jia Jie 21-13, 11-21, 21-8.
Aidil bakal berdepan cabaran lebih getir menentang jaguh tuan rumah, Chou Tien Chen dalam perebutan tempat ke suku akhir.
Kem badminton negara turut mencatat keputusan positif menerusi pasangan beregu campuran sementara, Loo Bing Kun-Toh Ee Wei yang mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Vietnam, Pham Van Hai-Than Van Anh 21-14, 21-10.
Mereka dijadual bertemu pasangan Korea Selatan, Ki Dong Ju-Jeong Na Eun selepas ini.
Beregu wanita, Ong Xin Yee-Carmen Ting turut mara ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan Taiwan, Chung Chia En-Huang Tzu Ling 21-19, 21-19.
Pasangan itu bakal berdepan gandingan Indonesia, Meilysa Trias Puspitasari-Rachel Allessya Rose dalam usaha merebut tempat ke suku akhir.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/05/1393345/aidil-sholeh-lolos-tze-yong-terkandas




Pages: [1]
View full version: Aidil Sholeh lolos, Tze Yong terkandas


ADVERTISEMENT