Indonesia rindu lawan Malaysia
Edited by sfhzuraz at 7-5-2025 06:57 PMIndonesia rindu lawan Malaysia
Oleh Zulfaizan Mansor - Mei 7, 2025 @ 4:46pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/garu_1746607570.jpg
Presiden PSSI, Erick Thohir akui skuad Indonesia rindu mahu menentang Malaysia. - AFP
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir mengakui teringin untuk melihat skuad kebangsaan negara itu menentang Malaysia.
Menerusi laporan CNN Indonesia, Erick dilaporkan membuka peluang pertembungan antara skuad Garuda dan Harimau Malaya pada jendela aksi antarabangsa, September ini.
Jendela aksi antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September ini akan bermula dari 1 hingga 9 September.
Erick menganggap peminat juga rindu untuk melihat pertarungan dua musuh dalam benua Asia Tenggara itu yang sudah lama tidak bertembung.
"Kita perlu adakan perlawanan percubaan atau ujian menentang mereka (Malaysia). Kemudian, ada satu slot lagi atau mungkin kedua-duanya membabitkan pasukan dari Timur Tengah, saya tidak pasti lagi.
"Untuk satu slot itu, kita cuba lihat Malaysia yang juga sedang dalam proses mempertingkatkan pasukan mereka.
"Kita juga melihat mereka menukar jurulatih dan mempunyai ramai pemain baharu, jadi kita ingin mencuba juga. Rasanya kita sudah rindu untuk menentang Malaysia, sudah agak lama.
"Jadi, ini boleh jadi satu perlawanan ujian bersama, kalau Malaysia bersetuju. Kalau Malaysia tidak setuju pun tidak mengapa, mungkin lain kali," kata Erick.
Kali terakhir Indonesia dan Malaysia bertembung adalah pada Disember 2021 ketika aksi kumpulan Piala AFF yang menyaksikan skuad Garuda menang 4-1.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/05/1393294/indonesia-rindu-lawan-malaysia
Pages:
[1]