sfhzuraz Publish time 7-5-2025 03:04 PM

Nur Aishah sasar catatan terbaik di Gumi

Nur Aishah sasar catatan terbaik di Gumi

Oleh Sukhairi Thani - Mei 7, 2025 @ 1:57pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/KEJOHANAN_OLAHRAGA_SUPER_SERIES_2025_4575074327bd4d4d84b96ca81634aab0_1746597465.jpg
Atlet Sabah Nur Aishah Rofina Aling (tengah) memenangi acara 200 meter Kejohanan Olahraga Super Series 2025 di Stadium Merdeka. - BERNAMA


KUALA LUMPUR: Selepas memperbaharui catatan masa terbaiknya dalam acara 200 meter (m), atlet pecut negara, Nur Aishah Rofina Aling kini meletakkan sasaran lebih tinggi sekiranya disenaraikan skuad kebangsaan di Kejohanan Olahraga Asia (ATF) di Gumi, Korea Selatan, bulan ini.
Atlet dari Sabah itu berjaya mencatat 24.69 saat (s) di Kejohanan Olahraga Super Series Kuala Lumpur hujung minggu lalu bagi memadamkan catatan masa terbaiknya sebelum ini, 25.14s di Sukan Malaysia (SUKMA) Kuala Lumpur 2022.
"Saya hanya berlatih seperti yang diminta oleh jurulatih dan saya berjaya mencatat PB (catatan masa terbaik) untuk acara 200m," kata Nur Aishah.
Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Merdeka itu, Nur Aishah yang lebih cenderung beraksi dalam acara 100m muncul pemenang selepas menewaskan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (25.50s) dan Zaimah Atifah Zainuddin (26.01s).
"Saya hanya memberi fokus untuk memperbaharui catatan masa saya sahaja. Saya sudah lama tidak berlari dalam acara ini di kejohanan besar dan kali terakhir adalah di SUKMA 2022.
"Sekiranya jadi, pasukan Malaysia akan menghantar ke ATF. Saya harap sekiranya disenaraikan ke sana, saya dapat melakukan melakukan catatan lebih bagus daripada masa yang saya lakukan ini," katanya.
Sebagai rekod, Nur Aishah adalah pemegang rekod kebangsaan bagi acara 4x100m wanita dengan catatan 44.58s bersama Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Afrina di Sukan SEA Kemboja 2023.
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/05/1393219/nur-aishah-sasar-catatan-terbaik-di-gumi




Pages: [1]
View full version: Nur Aishah sasar catatan terbaik di Gumi


ADVERTISEMENT