sfhzuraz Publish time 7-5-2025 03:01 PM

Xintong diramal pemain snuker terkaya dalam sejarah

Xintong diramal pemain snuker terkaya dalam sejarah

Mei 7, 2025 @ 12:19pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/nuker7525_1746591576.jpg
Zhao Xintong dari China bergambar dengan trofi selepas kemenangan ke atas pemain Wales, Mark Williams pada final Kejuaraan Snuker Dunia di Sheffield, England, kelmarin. – Foto AFP


SHEFFIELD, England: Zhao Xintong diramal akan menjadi pemain snuker paling kaya dalam sejarah selepas muncul juara dunia pertama dari China.
Pemain berusia 28 tahun itu menobatkan dirinya sebagai bintang baharu sukan itu dengan mengalahkan Mark Williams 18-12 pada perlawanan akhir di Crucible kelmarin.
Ketika Xintong meraih £500,000 (RM2.8 juta) susulan kemenangan bersejarahnya itu, dia dijangka menerima berjuta-juta lagi menerusi perjanjian komersial, begitulah populariti snuker di tanah airnya.
"Saya fikir Xintong berpotensi untuk muncul pemain snuker paling kaya dalam sejarah sukan ini," kata pengerusi badan induk antarabangsa snuker WPBSA, Jason Ferguson.
"Ia satu kenyataan yang agak berani apabila anda memikirkan mengenai gelaran yang dimenangi oleh pemain seperti Stephen Hendry dan Ronnie O'Sullivan.
"Tetapi saiz pasaran adalah besar dan apabila anda lihat jenama yang ingin bekerjasama dengan snuker, ia mempunyai potensi yang tidak terbatas."
Naib juara Williams, juara tiga kali di Crucible berkata: "Saya pasti ada syarikat China bersedia untuk melabur berjuta-juta terhadapnya. Dia akan menjadi wira kebangsaan."
Kemenangan Xintong disaksikan kira-kira 150 juta penonton di China, yang mana dia akan pulang minggu ini bagi meraikan kemenangannya dalam satu perarakan.
Snuker sudah dianggap sebagai satu sukan kebangsaan di China, dengan lebih 300,000 dewan snuker di seluruh Negara Tembok Besar itu.
Namun tahap minat di China dijangka meningkat ketika mereka kini mempunyai seorang juara dunia.
"Ini salah satu acara snuker terbesar yang pernah ditonton," kata Ferguson. "Kami melihat pertumbuhan dalam pasaran China dan kami melihat saiz dan skala pembangunan akar umbi di bawahnya.
"Tetapi untuk melihat juara dunia kembali ke China sebagai seorang wira kebangsaan benar-benar akan melonjak sukan itu ke satu tahap lagi." – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1393147/xintong-diramal-pemain-snuker-terkaya-dalam-sejarah




Pages: [1]
View full version: Xintong diramal pemain snuker terkaya dalam sejarah


ADVERTISEMENT