Petra akhirnya raih kemenangan selepas kembali dari cuti bersalin
Petra akhirnya raih kemenangan selepas kembali dari cuti bersalinReuters
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Petra_Kvitova_1746551137.jpg
PETRA mengakui pernah hampir menggantung raket. FOTO AFP
Rom: Bekas juara Wimbledon, Petra Kvitova akhirnya kembali merasai nikmat kemenangan selepas empat kekalahan berturut-turut sejak kembali beraksi Februari lalu, selepas 15 bulan berehat untuk melahirkan anak pertamanya.
Petra, 35, menewaskan pemain Romania, Irina-Camelia Begu 7-5, 6-1 dalam pusingan pertama Terbuka Itali di Rom, kemenangan sulungnya sejak kembali ke gelanggang selepas melahirkan anak lelaki, Petr, Julai tahun lalu.
"Ia agak pelik sebab kemenangan pertama saya datang di sini. Saya tak pernah main tenis terbaik di Rom. Tapi sudah tentu, menang jauh lebih baik daripada kalah," katanya kepada laman web rasmi WTA.
Pemenang Wimbledon 2011 dan 2014 itu mengakui pernah hampir menggantung raket dan tidak menyangka akan kembali bersaing di pentas antarabangsa.
"Saya 95 peratus pasti saya tak akan kembali. Masa itu saya rasa cukup dengan tenis. Saya dah tak boleh buat lagi. Sebab itu kami putuskan untuk cuba dapatkan anak.
"Tapi bila saya mula kembali main selepas bersalin, ia rasa sangat seronok. Setiap pukulan rasa lancar, saya pun ketawa sendiri dan terfikir – 'Wow, masih ada lagi!'"
Petra dijadual menentang bintang Tunisia, Ons Jabeur dalam pusingan kedua namun menegaskan dia tidak meletakkan sebarang tekanan terhadap dirinya sendiri sepanjang kemunculan semula ini.
"Saya akan teruskan selagi saya masih seronok," katanya ringkas.
Disiarkan pada: Mei 7, 2025 @ 1:05am
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/05/1215790/petra-akhirnya-raih-kemenangan-selepas-kembali-dari-cuti-bersalin
Pages:
[1]