Hamilton belum mahu mengalah
Hamilton belum mahu mengalahAgensi
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FOR-MOT-SPO-F1-GRAND-PRIX-OF-MIAMI_857e4a1b7be84f73b60af6c52b15aa10_1746502919.jpg
HAMILTON ketika di hentian pit Litar Miami. FOTO AFP
London: Lewis Hamilton optimis dengan peluang Ferrari dalam Formula Satu (F1) 2025 walaupun gagal menyerlah di Grand Prix (GP) Miami.
Ferrari muncul kereta kelima terpantas di Miami, di belakang McLaren, Red Bull, Mercedes dan Williams.
Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelapan, satu kedudukan di belakang rakan sepasukan Ferrari, Charles Leclerc yang menyaksikan kedua-duanya bertukar posisi dua kali dalam usaha mengejar pelumba Mercedes, Kimi Antonelli di hadapan.
Walaupun ia perlumbaan terburuk Ferrari dari segi prestasi musim ini,namun Hamilton kekal positif.
"Ya, secara keseluruhan saya rasa mempunyai hari yang baik," kata Hamilton kepada media.
"Tempat kelapan memang tak nampak begitu baik. Tapi saya tetap optimis untuk masa depan. Saya rasa kereta ini memang ada potensi. Ada sesuatu menghalang kami buat masa ini, kami kehilangan prestasi sejak di China.
"Prestasi itu ada, cuma kami tak dapat gunakannya. Sampai kami dapat selesaikan isu itu, inilah kedudukan kami sekarang. Dalam masa sama, kami boleh tumpukan pada perkara lain, seperti proses dalaman.
"Tapi seperti saya cakap, saya datang dari simulator minggu lepas, dan memang rasa saya ada hujung minggu yang lebih baik. Dapat tempat ketiga semalam pun satu perkara positif."
Walaupun keputusan keseluruhan agak mengecewakan namun ia tetap satu peningkatan berbanding di Jeddah. Di Arab Saudi, Hamilton mencatat kelayakan lebih enam persepuluh saat di belakang Leclerc dan menamatkan perlumbaan 30 saat di belakangnya.
Disiarkan pada: Mei 6, 2025 @ 11:42am
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/05/1215475/hamilton-belum-mahu-mengalah
Pages:
[1]