Hasrat Nam Tae Hyun kembali menyanyi dibantah netizen, persembahan batal gara-gara terlibat kes dadah
GARA-GARA pernah terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah, kemunculan kembali bekas kumpulan Winner iaitu Nam Tae Hyun mengundang rasa kurang senang netizen di Korea Selatan.
Memetik laporan Koreaboo, Tae Hyun sepatutnya mengadakan persembahan di West Bridge Live Hall di Mapo-gu, Seoul, pada Selasa.
Persembahan tersebut sepatutnya menjadi perjalanan baharu kepada Tae Hyun selepas dia tampil single 'At the Edge of the Night' pada Januari lalu.
Bagaimanapun persembahan itu terpaksa dibatalkan tanpa sebab yang dapat dipastikan, namun dipercayai kerana kecaman netizen.
Malah segala perkongsian mengenai persembahan pada malam itu turut dipadam daripada Instagram Tae Hyun.
Sementara itu, pihak penganjur acara itu turut kecewa dengan pembatalan berkenaan malah dia memberitahu Tae Hyun sudah berubah menjadi lebih baik.
"Saya faham betapa sensitifnya perkara itu. Apabila saya bertemu dengannya secara peribadi, saya tahu dia benar-benar menyesal dan mahu membuat persembahan semula," katanya.
Sebelum ini Tae Hyun meluahkan keinginannya untuk kembali karier dan memulakan perjalanan baharu.
Namun hasrat tersebut tidak disambut baik oleh netizen. - mStar
Sepandai pandai tupai melompat... Dh tau kt sana bfuaya cancel cemane. Nk juga buat hal acikonion replied at 7-5-2025 12:06 AM
Sepandai pandai tupai melompat... Dh tau kt sana bfuaya cancel cemane. Nk juga buat hal
dulu waktu bigbang ada kontroversi, kena cancel gak
Iols ingat, majlis apentah kat sini, Malaysia. ada pasang lagu bigbang. orang Korea memang tak selesa, sampai tegur, kenapa pasang lagu bigbang, sangat tak sensitif.
kat Malaysia dulu lain, lagi artis buat benda bodo, lagi galak tv panggil, tayang muka diorang. lepastu memang orang tak bukak la tv, padan muka
PULANGKAN replied at 7-5-2025 01:28 AM
dulu waktu bigbang ada kontroversi, kena cancel gak
Iols ingat, majlis apentah kat sini, Malaysia. ...
Patut kt sini pun buat mcm tu juga. Tgk kes Superman Malaysia tu... Buka baju time perform je pun. Bape lama kena gam. Tp kes2 berat nampak mcm rilek2 je masuk radio promote lagu. Masuk tv.
Pages:
[1]