zasrfikri Publish time 6-5-2025 01:14 AM

NOORKUMALASARI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

GALAKSIVIRAL -Biduanita. Primadona. Seniwati. Penghibur. Ikon Seni Malaysia. Siapa lagikalau bukan artis legenda Malaysia, Noorkumalasari. Beliau merupakan antara artis serba boleh, versatile dan Ikon Seni Malaysia sepanjang zaman. Dalam bidang nyanyian, beliau cukup dikenali dengan vokal unik, persembahan pentas yang mantap dan ikon fesyen kepada peminat beliau. Beliau yang merupakan salah seorang Artis Paling Popular Sepanjang Era 80 an ini juga mempunyai sejumlah koleksi lagu top hits yang menjadi siulan dan malar segar di kalangan peminat seni tempatan. Jom kita lihat lagu manakah yang menjadi pilihan peminat Biduanita Noorkumalasari ini.




BIODATA RINGKAS NOORKUMALASARINamaPenuh : Noor Kumalasari Mohamed Taib
Tarikh Lahir : 11 April 1956
Tempat Lahir : Selangor Malaysia
Tahun Aktif : 1960 - kini
Album Studio : 9
1978 - Kau Dalam Ingatanku
1979 - Noor
1980 - Aku Dan Dunia Seni
1981 - Ke Mana Ku Bawa Diri
1981 - Jangan Kau Kembali
1982 - Mata
1984 - Aku Di Sini
1985 - Wajah
1988 - Inilah Noor

NOORKUMALASARI
12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN



01. HATI SEORANG KEKASIH
Komposer : Omar Taib
Penulis Lirik : Habsah Hassan
Album : Mata
Tahun : 1982
Catatan : Lagu ini adalah salah satu lagu Pop Baladayang sangat popular sepanjang dekad 80 an. Intro lagu yang memorable, lirik lagu yang sayu dan vokal unik Biduanita Noorkumalasari cukup menjadikan lagu ini malar segar dan popular sehingga kini.

Video Lagu Hati Seorang Kekasih



02. MATA
Komposer : Aman Shah
Penulis Lirik : Fauzi Marzuki
Album : Mata
Tahun : 1982
Catatan : Lagu unik ini juga sangat popular sepanjang era 80 an. Dengan muzik yang catchy dan lirik lagu menarik, lagu ini pastinya mengimbau nostalgia muzik era awal 80 an.



Video Lagu Mata


INFO LANJUT BOLEH RUJUK DI SINI >> https://galaksiviral.blogspot.com/2025/05/noorkumalasari-12-lagu-paling-popular.html


Pages: [1]
View full version: NOORKUMALASARI : 12 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN


ADVERTISEMENT