Peniaga rosakkan palang parkir ditahan
Peniaga rosakkan palang parkir ditahanAizat [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2025-05-05_205856_copy_palang_1746450145.jpg
LAPORAN Terdahulu Harian Metro
Kangar: Seorang peniaga ditahan polis hari ini selepas disyaki merosakkan tiga mesin palang automatik parkir berbayar di Jalan Seruling dan Jalan Market, di sini, dipercayai akibat tidak berpuas hati dengan sistem parkir yang didakwa menjejaskan perniagaannya.
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan jam 2.36 petang di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku sekitar 8.50 pagi hari ini.
"Polis turut merampas pikap Nissan Navara berwarna kelabu serta alat kawalan jauh kenderaan itu.
"Suspek mengaku melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dengan pemasangan sistem parkir berpalang automatik yang dipercayai menyebabkan perniagaannya merosot dan kerugian yang besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dipohon di hadapan Majistret Kangar, esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: Mei 5, 2025 @ 9:06pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1215348/peniaga-rosakkan-palang-parkir-ditahan
Pages:
[1]