Polis kesan pemandu trak pikap sengaja langgar palang parkir
Polis kesan pemandu trak pikap sengaja langgar palang parkirAizat [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pikalaman1_1746434211.jpg
TANGKAP layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian memaparkan sebuah trak pikap sengaja melanggar mesin palang automatik di sekitar Jalan Seruling dan Jalan Market Kangar.
Kangar: Polis sedang mengesan pemandu trak pikap yang sengaja melanggar hingga rosak tiga mesin palang automatik parkir berbayar di Jalan Seruling dan Jalan Market Kangar di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang juruteknik syarikat pengendali parkir berbayar di kawasan itu sekitar jam 11.51 pagi.
Katanya, pengadu memaklumkan mesin palang automatik yang sedang diuji itu dirosakkan oleh individu tidak dikenali.
"Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.50 pagi dan polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan pelaku," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Terdahulu tular di media sosial menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian memaparkan sebuah trak pikap sengaja melanggar mesin palang automatik di sekitar Jalan Seruling dan Jalan Market Kangar.
Disiarkan pada: Mei 5, 2025 @ 4:37pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1215232/polis-kesan-pemandu-trak-pikap-sengaja-langgar-palang-parkir
Pages:
[1]