sfhzuraz Publish time 5-5-2025 04:25 PM

SEMSAS julang dua piala hoki Pahang

SEMSAS julang dua piala hoki Pahang

Oleh Mohd Rafi Mamat - Mei 5, 2025 @ 4:14pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/sdvsmw4grdvs_1746432859.jpg
Pasukan hoki Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) muncul juara Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Pahang di Stadium Hoki SUKPA. - Foto SEMSAS


KUANTAN: Pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) menewaskan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) 1-0 untuk muncul juara kali ketiga berturut-turut kategori lelaki Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh Pahang di Stadium Hoki SUKPA, di sini semalam.
Gol pemusnah skuad bimbingan jurulatih, Mohammad Ifzul Hayat Ahman disumbang ketua pasukan Shahmie Fahmie Mohamad Nazri, lima minit sebelum permainan tamat.
Mohammad Ifzul berkata, gandingan pemain baru dan lama menjadi kelebihan kepada SEMSAS untuk menjulang kejuaraan pada saingan kali ini yang dianggap begitu mencabar.
Katanya, untuk menghadapi kejohanan kali ini SEMSAS mengadakan persiapan sejak awal tahun dengan berlatih setiap minggu dan hasilnya dapat dilihat apabila pasukannya berjaya menjulang kejuaraan kali ketiga berturut-turut. Pasukan ini dibentuk sejak tahun 2021 dan kini mula menuai hasilnya.
"Selaku juara SEMSAS akan mewakili Pahang pada Kejohanan Hoki Sekolah Beasrama Penuh (SBP) Kebangsaan 2025 akan berlangsung di sini, Julai depan.
"Saya berharap kejayaan di peringkat negeri dapat diulangi di pentas kebangsaan, justeru persiapan akan dilakukan bermula daripada sekarang. Cabaran lebih sengit pasti dihadapi sepanjang kejohanan itu," kata Mohammad Ifzul.
Dalam kategori perempuan pasukan SEMSAS muncul juara selepas menewaskan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) 3-0.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/05/1392489/semsas-julang-dua-piala-hoki-pahang




Pages: [1]
View full version: SEMSAS julang dua piala hoki Pahang


ADVERTISEMENT