2 penunggang motosikal cedera dalam nahas 14 kenderaan di BKE
2 penunggang motosikal cedera dalam nahas 14 kenderaan di BKENur Izzati [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0505rsnahas_1746429000.jpg
Tangkap layar kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer (KM) 15.0 arah Barat dari Lunas ke Kubang Semang yang menyebabkan aliran trafik sesak teruk. FOTO Tular
Butterworth: Dua penunggang motosikal cedera dalam kemalangan membabitkan 14 kenderaan di Kilometer 12 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) menghala Seberang Jaya di sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dengan bantuan BBP Kulim ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7.14 pagi.
"Apabila tiba didapati kemalangan membabitkan 14 kenderaan iaitu 12 kereta dan dua motosikal.
"Kemalangan tidak membabitkan mangsa tersepit dan hanya dua lelaki menunggang motosikal mengalami cedera ringan.
"Mangsa diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) BBP Kulim dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, menerusi video tular pengguna yang melalui lebuh raya berkenaan dilaporkan terperangkap dalam kesesakan sejauh lebih lima kilometer susulan kemalangan berkenaan.
Kebanyakan yang dalam perjalanan ke tempat kerja terpaksa menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan.
Punca kemalangan dipercayai dari sebuah kereta yang terbabas sehingga beberapa buah kereta lain di belakangnya yang tidak sempat mengelak menyebabkan mereka berlanggar sesama sendiri.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak polis berhubung insiden itu.
Disiarkan pada: Mei 5, 2025 @ 3:10pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1215202/2-penunggang-motosikal-cedera-dalam-nahas-14-kenderaan-di-bke
Pages:
[1]