Bednarek catat masa terbaik dunia 200m
Bednarek catat masa terbaik dunia 200mMei 5, 2025 @ 2:20pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bedna5525_1746426035.jpg
Pelari AS, Kenny Bednarek meraikan kemenangan muncul juara kategori pecut jarak pendek pada kejohanan Trek Grand Slam Miami di Kompleks Sukan Ansin, Miramar, Florida. – Foto REUTERS
MIAMI, Amerika Syarikat: Pelari Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek mencatat masa terpantas di dunia tahun ini apabila memenangi acara 200 meter dalam masa 19.84 saat pada siri Trek Grand Slam di Miami, pagi tadi.
Atlet berusia 26 tahun dari Tulsa itu, naib juara 200m Olimpik Tokyo dan Paris, mengalahkan pelari Britain, Zharnel Hughes dengan 0.29s manakala Oblique Seville dari Jamaica ketiga, juga dengan masa 20.13s.
Bednarek, yang juga naib juara 200m pada kejohanan dunia 2022 di laman sendiri di Eugene, memenangi acara 100m lelaki di Miami kelmarin dengan masa bantuan angin 9.79s.
Pelari AS, Sydney McLaughlin-Levrone menjuarai acara 400m dengan masa 49.69s, mengalahkan warga senegara Anna Hall dengan perbezaan 1.99s.
Juara 400m lari berpagar Olimpik dua kali, McLaughlin-Levrone menang acara kegemarannya Sabtu lalu dengan catatan terpantas di dunia tahun ini 52.07s.
McLaughlin-Levrone memecahkan rekod dunia miliknya sendiri Ogos lalu ketika merangkul pingat emas di Paris dengan masa 50.37s. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/05/1392450/bednarek-catat-masa-terbaik-dunia-200m
Pages:
[1]