sfhzuraz Publish time 5-5-2025 02:41 PM

Dewan solat utama Masjid Zahir ditutup sementara untuk naik taraf

Edited by sfhzuraz at 5-5-2025 02:43 PM

Dewan solat utama Masjid Zahir ditutup sementara untuk naik taraf

ROSLINDA HASHIM
05 Mei 2025 01:08pm




https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/05/3112037.webp
Dewan solat utama Masjid Zahir ditutup sementara kepada jemaah bermula 5 Mei hingga 15 Jun. Gambar kecil: Syeikh Mohd Naim Ahmad


ALOR SETAR - Dewan solat utama Masjid Negeri, Masjid Zahir ditutup sementara kepada jemaah bermula 5 Mei hingga 15 Jun bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan di masjid bersejarah itu.
Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Mohd Naim Ahmad berkata, penutupan itu melibatkan beberapa ruang utama termasuk Mihrab Diraja, Mihrab Kedua serta ruang solat untuk jemaah wanita.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/05/3112036.webp
Masjid Zahir


Menurutnya, sepanjang tempoh penutupan tersebut, solat fardu berjemaah dari Subuh hingga Isyak termasuk program-program pengajian umum akan dilaksanakan di Anjung Utama masjid berkenaan.
"Program dan kuliah harian tetap diteruskan seperti biasa mengikut jadual sedia ada termasuk program Khatam Subuh 4.0, Kuliah Subuh setiap pagi Jumaat, Kuliah Dhuha secara dalam talian.

“Halaqah al-Quran, berbuka puasa sunat Isnin dan Khamis, Kuliah Maghrib serta kelas pengajian al-Quran dan tajwid bagi muslimin dan muslimat setiap pagi Jumaat.
"Turut diteruskan ialah kuliah pengajian agama dan fardu ain khas untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Syeikh Mohd Naim turut memaklumkan, sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan ini, pelancong dan pengunjung hanya dibenarkan berada di kawasan luar bangunan masjid kerana ruang dalam tidak boleh diakses bagi menjamin keselamatan semua pihak.

“Saya mohon kerjasama daripada semua jemaah untuk mematuhi arahan serta pandu arah daripada pegawai-pegawai masjid bagi memastikan kelancaran kerja-kerja penyelenggaraan tersebut,” ujarnya.
Menurutnya, Masjid Zahir yang juga dikenali sebagai masjid pelancongan turut menerima kunjungan pelawat dari lebih 40 buah negara pada tahun lalu, antaranya Jepun, China, Turki, Indonesia dan Thailand, sekali gus menjadi destinasi ikonik pelancongan Islam di rantau ini.
Tambah beliau, proses penyelenggaraan antaranya melibatkan kerja mengecat semula bangunan serta menaik taraf sistem pendawaian elektrik masjid berkenaan.
“Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan keselesaan, keselamatan dan suasana kondusif untuk para jemaah serta pengunjung, selaras dengan statusnya sebagai antara masjid tercantik di dunia,” katanya lagi.
Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912 ini merupakan antara masjid tertua dan menjadi mercu tanda utama negeri Kedah.
https://www.sinarharian.com.my/article/726737/edisi/utara/dewan-solat-utama-masjid-zahir-ditutup-sementara-untuk-naik-taraf

Pages: [1]
View full version: Dewan solat utama Masjid Zahir ditutup sementara untuk naik taraf


ADVERTISEMENT