sfhzuraz Publish time 4-5-2025 08:46 PM

150 penduduk bergabung tenaga usung rumah berusia 20 tahun

Edited by sfhzuraz at 4-5-2025 08:51 PM

150 penduduk bergabung tenaga usung rumah berusia 20 tahun

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
04 Mei 2025 08:01pm




https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/04/3111309.webp
Kira-kira 150 penduduk Kampung Haji Ismail Siak, Simpang Tiga Keladi di sini bergotong-royong memindahkan sebuah rumah kerana memberi laluan pembinaan surau di tapak berkenaan.


KULIM - Kira-kira 150 penduduk Kampung Haji Ismail Siak, Simpang Tiga Keladi di sini bergotong-royong memindahkan sebuah rumah bagi memberi laluan kepada pembinaan surau di tapak berkenaan pada Ahad.
Pemilik rumah berkenaan, Jamaluddin Ismail, 63, berkata, rumah kayu itu dipindahkan ke lokasi bersebelahan dengan jarak anggaran 10 meter dari tapak asal.

“Lokasi rumah ini termasuk dalam tapak surau, jadi kami mengambil keputusan untuk mengusung rumah ke tapak bersebelahan iaitu kira-kira 10 meter dari lokasi asal,” katanya.
Menurut Jamaluddin, proses pemindahan dimulakan pada jam 9.30 pagi dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Katanya, kesemua mereka terpaksa berhenti sebanyak lapan kali sebelum sampai ke tapak baharu.
Jelasnya, dengan bantuan penduduk kampung, rumah berusia 20 tahun dan dianggarkan seberat dua tan itu berjaya dipindahkan
Jamaluddin berkata, idea memindahkan rumah tersebut secara gotong-royong tercetus apabila meluahkan kepada penduduk kampung mengenai kos perpindahan menggunakan jentera yang diupah terlalu tinggi.
https://www.sinarharian.com.my/article/726640/edisi/perak/150-penduduk-bergabung-tenaga-usung-rumah-berusia-20-tahun

Pages: [1]
View full version: 150 penduduk bergabung tenaga usung rumah berusia 20 tahun


ADVERTISEMENT