Bangkit selepas pembedahan, Sufi kini usahawan kambing perap
Edited by sfhzuraz at 4-5-2025 07:46 PMBangkit selepas pembedahan, Sufi kini usahawan kambing perap
ROSHILA MURNI ROSLI
04 Mei 2025 03:47pm
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/04/3110997.webp
Sufi makin bersemangat untuk memulakan perniagaan baharu selepas pembedahan.
KUBANG PASU - Selepas menjalani pembedahan memasang implan tempurung kepala pada Februari lalu, Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya dengan menceburi perniagaan kambing perap yang dijenamakan sebagai Dapur Sufi.
Muhammad Sufi berkata, dia sebelum ini bergantung kepada jualan daging salai, sebelum tekad beralih arah kerana ibunya, Noraini Ishak, 71, yang juga pesara jururawat, tidak lagi mampu membantunya menguruskan penyediaan dan penghantaran makanan seperti dahulu.
“Saya sedar mak dah tak larat nak tolong seperti dulu. Jadi saya cuba cari jalan baru dan Alhamdulillah, ada seorang individu yang sudi taja kos pengeluaran produk kambing perap ini.
“Sekarang saya sedang siapkan persiapan untuk pelancaran minggu hadapan, jika tiada aral,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/04/3110996.webp
Kambing perap Dapur Sufi bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurutnya, kambing perap Dapur Sufi itu dijual pada harga RM29.90 bagi pek seberat 550 gram, dan dihasilkan bagi memenuhi keperluan pelanggan yang inginkan sajian mudah dimasak serta enak.
“Bagi saya produk ini juga penting bagi meneruskan kehidupan harian memandangkan saya bergantung kepada susu khas yang berharga RM90 setin.
“Jadi duit yang ada biasanya saya guna untuk beli susu dan makanan yang sesuai dengan keadaan saya sekarang. Alhamdulillah, hutang lama pun saya dah langsai, sekarang fokus saya cuma cari rezeki untuk terus hidup,” katanya.
Jelasnya, dengan pembedahan terakhir yang berlangsung pada 25 Februari lalu, dia kini lebih yakin melangkah ke hadapan.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/04/3110995.webp
Dua tahun lalu, Sufi pernah koma dan kehilangan separuh tempurung kepala akibat kemalangan di Tanah Merah, Jitra.
“Sekarang kepala saya dah nampak normal, percakapan pun semakin jelas. Saya percaya kambing perap ini boleh jadi permulaan baru untuk saya bangkit dan berdikari sepenuhnya,” katanya penuh harapan.
Muhammad Sufi, yang juga kakitangan fisioterapi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kini hanya menerima separuh gaji iaitu RM1,500 sebulan selepas mengambil cuti sakit lebih setahun. Beliau juga masih tidak dapat memandu sendiri.
Dua tahun lalu, Sufi pernah koma dan kehilangan separuh tempurung kepala akibat kemalangan di Tanah Merah, Jitra. Keadaannya mendapat perhatian ramai apabila dia menjual daging salai di TikTok bagi mengumpul dana pembedahan kelima, dan usaha itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyumbang RM15,000 bagi menampung kos rawatan.
https://www.sinarharian.com.my/article/726601/edisi/utara/bangkit-selepas-pembedahan-sufi-kini-usahawan-kambing-perap
Pages:
[1]