2 lelaki maut motosikal bertembung dan terbakar
2 lelaki maut motosikal bertembung dan terbakarOleh Nur Izzati Mohamad - Mei 4, 2025 @ 9:57am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/mutur_terbakor2_1746323978.jpg
Anggota bomba membantu mangsa nahas dua motosikal yang bertembung dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort, Nibong Tebal. - Foto JBPM Pulau Pinang
NIBONG TEBAL: Dua lelaki maut selepas motosikal mereka tunggang bertembung dan terbakar di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah malam.
"Kemalangan membabitkan dua motosikal yang hangus terbakar. Terdapat dua mangsa cedera parah tersepit pada bahagian kaki dan melecur yang mana salah seorangnya melecur hingga 50 peratus," katanya dalam kenyataan.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/mutur_terbakor_1746323975.jpg
Dua motosikal hangus terbakar selepas bertembung dalam kemalangan di Jalan Sungai Kechil berhampiran Jawi Golf Resort, Nibong Tebal. - Foto JBPM Pulau Pinang
Seorang mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap (HSB).
Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti namun kedua-dua mangsa dianggarkan berusia dalam lingkungan 40-an.
Terdahulu tular di media sosial video 17 saat memaparkan kemalangan ngeri dua motosikal terbakar dengan mangsa bergelimpangan di jalan raya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1391989/2-lelaki-maut-motosikal-bertembung-dan-terbakar
Pages:
[1]