sfhzuraz Publish time 4-5-2025 06:45 AM

Hanya sekali 'merasa' dividen

Hanya sekali 'merasa' dividen

Zuhainy [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/z2111scam04_1746311503.jpg
GAMBAR hiasan



Georgetown: "Ketika taklimat menerusi aplikasi Zoom, ada individu bergelar 'ustaz' jelaskan mengenai skim pelaburan yang didakwa patuh syariah dan kerana itu saya serta isteri yakin bagi menyertainya.
"Semua dokumen dan sijil pengesahan ditunjukkan semasa sidang itu nampak benar, menyebabkan kami bertambah yakin," kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Rashidi.
Dia menyedari ditipu sebuah skim pelaburan saham yang disertai tiga tahun lalu.
Pesara dari Butterworth itu berkata, sebelum itu, dia didatangi seorang individu bergelar Datuk dan mendakwa ejen bagi sebuah syarikat berteknologi Jepun serta menawarkan skim pelaburan dengan pulangan lumayan.
Katanya, pada Januari 2003 dia dijemput oleh Datuk terbabit bagi menyertai sesi penerangan menerusi aplikasi Zoom yang dikendalikannya.
"Ketika sidang itu, kami dijanjikan pulangan dividen antara 16 hingga 18 peratus.
"Pulangan itu didakwa akan diberi sebanyak empat kali dalam tempoh setahun dan terma 'patuh syariah' menyebabkan saya serta isteri bersetuju menyertainya.
"Hasil daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), saya melabur sebanyak RM50,000 iaitu jumlah minimum pelaburan manakala isteri pula RM150,000," kata Rashidi ketika ditemui, di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini.
Semalam, muka depan Harian Metro mendedahkan 140 peserta sebuah pelaburan membuat laporan polis selepas terpedaya dengan tawaran dibuat seorang lelaki bergelar Datuk Seri.
Mereka ditawarkan dengan pelaburan bagi perniagaan produk air bercampur diesel yang menjanjikan pulangan lumayan.
Menurut Rashidi, dia hanya menerima pulangan pertama dan usahanya untuk meminta penjelasan Datuk terbabit menemui jalan buntu.
"Kami syak wang pelaburan itu sudah lebur, jadi kami ambil keputusan membuat laporan polis supaya dijalankan siasatan terhadap Datuk itu dan pengurusan syarikat berkenaan," katanya.
Bagi Firdaus, 60-an, berkata, dia tertarik dengan skim pelaburan yang didakwa terbabit dalam penghasilan biodiesel dan tenaga lestari menggunakan teknologi Jepun.
"Pada Disember 2022 lalu, saya bersetuju memindahkan sejumlah RM50,000 bagi menyertai skim pelaburan berkenaan dan hanya sekali 'merasa' pulangan dividen.
"Selain seorang lelaki bergelar Datuk, terdapat dua wanita individu yang disyaki terbabit dalam skim pelaburan ini," katanya.
Sementara itu, pesara, Zarina, 60-an berkata, dia menyertai skim berkenaan dengan pelaburan berjumlah RM100,000.
"Saya sudah beberapa kali menghubungi pihak pengurusan selepas tidak menerima pulangan wang sejak tahun lalu.
"Namun saya sering terima alasan yang tidak munasabah selain tidak memuaskan daripada pihak berkenaan," katanya.


Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 6:31am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1214683/hanya-sekali-merasa-dividen



sfhzuraz Publish time 4-5-2025 11:36 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0504rsdividen_1746326824.jpg
Mangsa penipuan individu bergelar ustaz membuat laporan polis. FOTO Zuhainy Zulkiffli
kredit - HM
Pages: [1]
View full version: Hanya sekali 'merasa' dividen


ADVERTISEMENT