along3746 Publish time 12-5-2011 04:58 PM

Nikon D5100 tidak perlu lagi Photoshop

D5100 tidak perlu lagi Photoshop
Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0511/Kosmo/Infiniti/in_01.1.jpg



PANDANGAN stereotaip mengenai kamera DSLR hanya untuk jurufoto profesional sudah begitu kuat melekat di fikiran kebanyakan kita termasuk penulis. Namun, kesempatan yang diberikan untuk menyertai Bengkel Memperkenalkan Model Baru DSLR Nikon dan Cara Menyelamat Penyu di Impiana Resort Cherating, Pahang baru-baru ini memberi penulis satu persepsi baru mengenai kamera DSLR.

Bersama-sama dengan hampir 60 orang jurugambar dan wartawan, kami berkampung selama tiga hari dua malam untuk sama-sama merasai pengalaman menggunakan kamera keluaran terbaru Nikon, DSLR D5100.

Dalam bengkel itu, kami dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada antara enam hingga tujuh orang peserta untuk bersaing dalam permainan yang disediakan pihak Nikon.

Jika dilihat daripada acaranya mungkin ada sesetengah pihak berpendapat, ia seperti tiada kaitan langsung dengan kamera DSLR. Ini kerana kami perlu melukis batik, membuat wau bahkan, lebih menarik setiap kumpulan diberi seorang model wanita seksi sebagai ahli tambahan.

Tetapi syarat yang dikenakan sepanjang permainan adalah para peserta perlu mengambil foto serta merakam video pendek dengan kamera yang dibekalkan. Ternyata ia memberi pengalaman baru kepada penulis untuk bukan sahaja mengenali D5100 Nikon bahkan, sebuah kamera DSLR itu sendiri.

Tatkala memegang produk terbaru Nikon itu, penulis berpendapat ia sangat ringan berbanding dengan kamera dalam kelasnya.

Reka bentuk pemegangnya sangat ergonomik dan kompak, manakala bahan yang digunakan pula membolehkan pengguna menggenggam kemas dan memudahkan pengawalan ketika rakaman dilakukan.

Butang-butang fungsi pada kamera DSLR itu pada mulanya kelihatan agak rumit kepada penulis kerana hanya menggunakan simbol-simbol yang ringkas.

Walau bagaimanapun, pengguna yang tiada pengetahuan langsung mengenai kamera DSLR dapat menguasainya menerusi buku panduan yang dibekalkan.

Apatah lago dengan paparan arahan pada skrin monitor yang sangat jelas dan mudah, ditambah dengan bantuan pekerja Nikon sesiapa sahaja mampu mengendalikannya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0511/Kosmo/Infiniti/in_01.2.jpg
TANPA mengira tahap kepakaran seseorang dalam bidang fotografi, DSLR D5100 amat mudah digunakan.


Menurut Pengurus Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) Bahagian Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR, DSLR D5100 menyasarkan pengguna kamera amatur dan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dengan seni fotografi.

Ciri-ciri fizikal yang jelas pada produk baru Nikon itu adalah sendi pada monitor LCD yang bersaiz 7.5 sentimeter boleh digerak pelbagai sudut yang berbeza mengikut kesesuaian dan ketinggian pengguna.

Monitornya boleh dibuka secara horizontal sehingga 180 darjah serta mampu dipusing ke atas dan ke bawah pada sudut maksimum, 270 darjah.

Jadi, sepanjang bengkel dan acara berjalan, penulis tidak perlu membongkok bagi mendapatkan sudut yang diingini sebaliknya hanya perlu memutarkan monitornya sahaja.

Imej-imej yang terhasil pada sudut-sudut yang berbeza ternyata mampu memberikan sekeping foto pada pandangan yang berbeza serta mempunyai perincian.

Efek khas

Walaupun penulis serta ahli kumpulan perlu menyiapkan setiap tugas yang diberikan mengikut masa yang ditetapkan tetapi semua syarat-syarat untuk merakam video pendek dan beberapa keping gambar dilaksanakan dengan jayanya.

Salah satu sebabnya sudah tentu kamera yang berada dalam kategori amatur itu mudah dibawa ke mana-mana serta efek yang ada di dalamnya boleh dibuat tanpa perlu diimport ke komputer.

Kata Mahfooz, efek-efek khas yang terdapat pada DSLR D5100 adalah kamera pertama keluaran Nikon yang boleh melakukan kesan khas sama seperti yang terdapat dalam perisian Photoshop.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0511/Kosmo/Infiniti/in_01.3.jpg
LEBIH 60 orang jurufoto dan wartawan berkumpul di Impiana Resort, Cherating baru-baru ini untuk diperkenalkan dengan kamera DSLR D5100.


“Salah satu kesan khasnya adalah pengguna dapat memilih bahagian tertentu dalam gambar untuk meningkatkan ketumpatan warna sama ada tinggi atau rendah.

“Paparan hasilnya dapat dilihat terus pada monitor sebelum rakaman dilakukan dan pengguna dapat memastikan imej yang diingini terhasil,” katanya dalam bengkel memperkenalkan produk terbaru Nikon itu.

DSLR D5100 juga boleh menghasilkan kesan khas seperti lakaran lukisan dengan hanya perlu mengawal keterangan warna dan ketebalan garisan luar imej berpandukan pada paparan monitor.

Bukan itu sahaja, kamera itu juga mampu menghasilkan kesan khas pada foto yang kelihatan seakan-akan miniatur dengan menggunakan kesan diorama dalam fungsi D5100.

Bagi rakaman video pula, kamera Nikon itu berkemampuan membuat rakaman dalam format video berdefinisi tinggi (HD).

“Walaupun D5100 berada dalam kelas paling rendah iaitu kategori amatur tetapi, ia boleh dipasang mikrofon pada luar badan kamera,” ujarnya.

Penggunaan mikrofon stereo amat penting dalam rakaman supaya bunyi yang dirakam tidak diganggu dengan bunyi getaran kanta auto-fokus ketika pengambaran.

Kamera itu juga dilengkapi dengan fungsi D-Movie.

Ujarnya lagi, apabila fungsi fokus ditetapkan, kamera secara automatik akan sentiasa memfokus pada subjek walaupun sedang berjalan.

zasss Publish time 12-5-2011 05:01 PM

i juge pengguna DSLR yg tiada pngalaman lgsg tp da pun mmbeli D90.. :$

bulat Publish time 12-5-2011 05:20 PM

uhhh...hebat sgt tu kalau sampai terus kata tak perlu photoshop

yang jurucakap tu paham betul ke tentang post processing ni.... ke memang seme menda photoshop boleh buat kamera ni boleh buat?

kitul Publish time 12-5-2011 05:35 PM

haku suka kamera dslr kecil dan ringan. tapi d5100 terlalu kecil dan ringan. takut terlepas dari tangan... buatannya pun alahaiiiii...

danedzya Publish time 12-5-2011 06:23 PM

Berapa market price dia skang nie???

pisang_goreng Publish time 12-5-2011 08:32 PM

dua ribu tiga ratuss ke atas kot........

pisang_goreng Publish time 12-5-2011 08:34 PM

i juge pengguna DSLR yg tiada pngalaman lgsg tp da pun mmbeli D90..
zasss Post at 12-5-2011 17:01 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

aku lagi best beli pakai dslr gak tapi tangkap gambar merapu2....hahaha

kitul Publish time 12-5-2011 08:57 PM

walau apapun... d5100 is a very good entry level camera. keupayaannya hampir menyamai d7000 kecuali tidak mempunyai motor body. maka disinilah akan menimbulkan rasa tidak puasan setelah seketika menembak dengannya.

zasss Publish time 12-5-2011 10:49 PM

i salu nk edit gmbr hune photoscape jek..sume ade.. :$:$

sue_cinta Publish time 13-5-2011 11:25 AM

apakah post di atas? huhuhu....

cuba dia shoot raw tengok...nak kene post processing ke idak? berani cakap tak perlukan photoshop? gamak nya dia edit pakai mspaint kot...sebab tuh gambo dia semua overexposed... kekekeke ;P

alahh, kalo takat nak pakai built-in filter tuh...bukan takat D5100...D5000 yg lama.. D3100 pon ader... napew tak kuarkan post cakap "D5000 / D3100 tak perlu photoshop lagik" maser both model tuh kuar? :sweat3:

uikss...manew lak menyamai D5100 ngan D7000? level pon dah lain.... D5100 masih beginner entry... D7000 dah middle entry prosumer....nak dekat high end dah tuh... pastu, body de built-in AF ngan body xde built-in AF.. jauh tuh beza dia...beza beso tuh...antara boleh pakai banyak lens ngan certain2 lens jew bley pakai... ;P

xiemean Publish time 13-5-2011 07:59 PM

xperla...aku pakai model lama jerk.. xmampu pakai model baru d5100 ni...:'(

pisang69 Publish time 15-5-2011 02:48 AM

xperla...aku pakai model lama jerk.. xmampu pakai model baru d5100 ni...
xiemean Post at 13-5-2011 19:59 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

ayat tak boleh blah....:lol:

jAck666 Publish time 15-5-2011 08:17 PM

"beli kamera, lens sampai berpuluh ribu..lepastu habiskan masa berjam buat editing utk sekeping gmbr..baik beli kompex jer pastu buat editing..same jer..kos pun x byk"..

mcm ni la mula2 aku kene sound dgn salah sorg otai photography kat malaysia ni bile suruh ajar guna PS...huhuhuh...sampai skang ni la aku x suke buat editing yg melampau...now dah ada 2 istilah..photography dan photografic....

kitul Publish time 16-5-2011 09:41 AM

apakah post di atas? huhuhu....

uikss...manew lak menyamai D5100 ngan D7000? level pon dah lain.... D5100 masih beginner entry... D7000 dah middle entry prosumer....nak dekat high end dah tuh... pastu, body de built-in AF ngan body xde built-in AF.. jauh tuh beza dia...beza beso tuh...antara boleh pakai banyak lens ngan certain2 lens jew bley pakai... ;P...
sue_cinta Post at 13-5-2011 11:25 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

memang lee tak semua... tapi banyak feature menyamai.
hakikat ini sukar bagi D90 menerimanya... termasuk haku...
jadi kalu benang basahpun..hendak didirikan ;P

Keyboard Publish time 17-5-2011 11:05 PM

Cuba buat bracketing, 3 dif exposer, boleh ka tanpa photoshop!... ;P

sue_cinta Publish time 18-5-2011 10:07 AM

Reply 15# Keyboard

kekeke...bulehh...pakai built-in HDR filter...sure buleh...hehehe ;P

kitul Publish time 18-5-2011 01:05 PM

aduhai...boleh kah serupa rm2300 dengan rm4300?

sue_cinta Publish time 19-5-2011 09:37 AM

buleh2....tukar jew no depan tuh...kekeke ;)
Pages: [1]
View full version: Nikon D5100 tidak perlu lagi Photoshop


ADVERTISEMENT