20 minit keluarkan budak 4 tahun tersepit lori terbalik
20 minit keluarkan budak 4 tahun tersepit lori terbalikOleh Zuliaty Zulkiffli - Mei 3, 2025 @ 5:36pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/6100152487735575676_e2e786cfbb6b43b29d2eac1b050cb01b_1746264989.jpg
Anggota BBP Sik berusaha mengeluarkan budak berusia empat tahun yang tersepit bawah lori di Kampung Charuk Damar. - Foto ihsan bomba
SIK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sengsara hampir setengah jam selepas tersepit pada lori membawa muatan besi yang terbalik selepas kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba.
Kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang kakaknya yang berusia 18 tahun di laluan berbukit di Kampung Charuk Damar, di sini hari ini.
Ketika kejadian motosikal terbabit berada di belakang lori dengan dua beradik itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mlohd Jamil Mat Daud berkata, sepasukan anggota yang dikejarkan ke lokasi mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan 'air lifting bag'.
"Mangsa membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun yang cedera pada kaki, manakala adik lelakinya berusia empat tahun tersepit pada tangan.
"Operasi dilakukan berhati-hati disebabkan mangsa masih kecil, selain anggota cuba menstabilkan lori bagi mengelakkan ia menggelungsur," katanya.
Kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1391853/20-minit-keluarkan-budak-4-tahun-tersepit-lori-terbalik
Pages:
[1]