tatod Publish time 3-5-2025 04:21 PM

Diserbu kumpulan pro-Palestin, Gal Gadot diiringi polis keluar dari lokasi penggambaran



LONDON: Aktres Hollywood kelahiran Israel, Gal Gadot dilaporkan diserbu sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin ketika menjalani penggambaran filem terbaharunya, The Runner, kelmarin.

Gadot yang lantang menyatakan sokongan terhadap Israel terpaksa diiring keluar dari lokasi penggambaran apabila aktivis membawa bendera Palestin menjerit menggunakan pembesar suara dengan slogan 'berhenti bom Palestin'.

Seorang penunjuk perasaan dilihat memukul dram bagi mengganggu penggambaran yang sedang dijalankan di kawasan terusan di Camden, Utara London pada ketika itu.

Pihak polis dipanggil bagi mengawal keadaan dan Gadot dilapor terpaksa digantikan dengan pelakon pengganti selepas kejadian itu.



Daily Mail melaporkan, anggota polis bergegas ke lokasi dan mengiringi Gadot untuk dibawa keluar dari set bagi memastikan keselamatannya.

Insiden berkenaan menjadi tamparan kepada Gadot yang sebelum ini dilihat ceria ketika mula menjalani penggambaran filem The Runner bersama pelakon Damian Lewis.

Protes itu dipercayai dilakukan bagi menggagalkan penggambaran kerana latar belakang Gadot yang lantang menyokong Israel dan pernah berkhidmat dalam tentera Zionis atau Angkatan Pertahanan Israel (IDF).

Setakat ini, Polis Metropolitan dilapor tidak mengulas sama ada terdapat tangkapan dilakukan.

Gadot sebelum ini secara terbuka menyokong rejim Tel Aviv sejak serangan berdarah oleh Hamas pada 7 Oktober 2023.

Bintang filem Wonder Woman itu juga tidak terlepas daripada kontroversi, termasuk kecaman terhadap watak dalam filem Snow White terbitan Disney yang diharamkan tayangannya di Lubnan dan Kuwait ekoran status sebagai rakyat Israel dan latar belakang ketenteraannya. - AGENSI

JahLupa Publish time 4-5-2025 06:47 PM

Boikot je citer dia ni. Cancelled terus

royaldanish Publish time 5-5-2025 10:42 AM

owhhh ni yg viral semalam rupanya

I.K.A888990 Publish time 6-5-2025 09:21 AM

byk pulak projek lakonan dia kan

siap ada star kat walk of fame lagi ewwwwww sgt
kabel israhell kau kuat gila ek

apedehal Publish time 10-5-2025 10:37 AM

I.K.A888990 replied at 6-5-2025 09:21 AM
byk pulak projek lakonan dia kan

siap ada star kat walk of fame lagi ewwwwww sgt


Ni plg ngarut...walk of fame tu ramai lg layak..tibehhh..papepun padan muka ko godot
Pages: [1]
View full version: Diserbu kumpulan pro-Palestin, Gal Gadot diiringi polis keluar dari lokasi penggambaran


ADVERTISEMENT