sfhzuraz Publish time 2-5-2025 05:03 PM

MBPP sita 3 premis dikendalikan warga asing

MBPP sita 3 premis dikendalikan warga asing

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mei 2, 2025 @ 4:30pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/6100240534565145503_1746174589.jpg
Operasi MBPP sita tiga premis dikendalikan warga asing di Pulau Pinang. - Foto ihsan MBPP


GEORGETOWN: Tiga premis perniagaan dikendalikan warga asing dikenakan tindakan di dua daerah di negeri ini, majoritinya kerana beroperasi tanpa lesen.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata dalam kes pertama pihaknya melakukan sitaan peralatan perniagaan dan peobohan struktur membabitkan premis cuci kereta tanpa lesen di daerah Timur Laut.
Melalui kenyataan di Facebook, katanya tindakan diambil susulan operasi yang turut disertai Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengikut Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Sementara dua lagi premis dikenakan tindakan membabitkan daerah Barat Daya yang mana peralatan dan barang dagangan mereka turut disita.
"Premis pertama menjalankan jualan dan sembelihan ayam tanpa kebenaran, manakala yang kedua adalah kedai runcit.
"Semua peralatan perniagaan dan barangan jualan disita dibawa ke stor Jabatan Penguatkuasaan MBPP," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1391475/mbpp-sita-3-premis-dikendalikan-warga-asing




silance Publish time 2-5-2025 05:33 PM

GEORGETOWN: Tiga premis perniagaan dikendalikan warga asing dikenakan tindakan di dua daerah di negeri ini, majoritinya kerana beroperasi tanpa lesen.

Yang ada lesen pun patut cancel sebab dah tentu ali baba. Tuan punya lesen tak pernah muncul di kedai.
Pages: [1]
View full version: MBPP sita 3 premis dikendalikan warga asing


ADVERTISEMENT