sfhzuraz Publish time 2-5-2025 03:09 PM

HSJ jadi rujukan utara rawatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik

Edited by sfhzuraz at 2-5-2025 03:10 PM

HSJ jadi rujukan utara rawatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
02 Mei 2025 01:58pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/05/02/3108580.webp
Dr Dzulkefly (dua, kiri) bersama Alexander (empat, kanan) melakukan lawatan pada Majlis Penyerahan Projek Siap Blok Tambahan Hospital Seberang Jaya pada Jumaat. FOTO: BERNAMA


SEBERANG JAYA- Hospital Seberang Jaya (HSJ) akan berperanan sebagai pusat rujukan bagi zon utara untuk rawatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik.
Ia sekali gus mengurangkan keperluan rujukan ke Hospital Pulau Pinang dan mempercepatkan akses kepada rawatan pakar untuk komuniti setempat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, dengan siapnya pembinaan blok tambahan 10 tingkat di hospital berkenaan, ia membolehkan perkhidmatan khusus seperti Otorinolaringologi (ENT), Kardiologi Pediatrik, dan Perubatan Pemulihan beroperasi.
Menurutnya, kemudahan baharu itu akan mula beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini.

Kemudahan ini amat dinanti-nantikan oleh komuniti kesihatan dan penduduk Seberang Perai sejak tahun 2012.
“Saya ingin menegaskan kepentingan kemudahan blok bertingkat baharu ini, khususnya perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik, yang akan berperanan sebagai pusat rujukan untuk zon utara.
“Ini adalah kunci kepada usaha mengurangkan kesesakan di hospital lain. Ia akan menjadi pusat rujukan utama di rantau utara,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Blok Tambahan HSJ di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Tambah Dr Dzulkefly, dengan siapnya blok tambahan 10 tingkat itu, kapasiti keseluruhan HSJ kini meningkat kepada 729 katil dan 11 bilik bedah.


Jelasnya, penyelesaian isu kesesakan hospital memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh, bukan sekadar bergantung kepada pembinaan hospital atau blok tambahan semata-mata.
“Model masa depan mesti berasaskan kepada ‘Penjagaan Kesihatan Primer’, satu sistem penjagaan kesihatan primer yang menyeluruh, inklusif, dan proaktif berasaskan komuniti.
“Ini termasuk aktiviti pencegahan, saringan awal, dan rawatan susulan yang boleh dijalankan di peringkat klinik kesihatan. Penjagaan pencegahan, bukan semata-mata penjagaan kuratif,” ujarnya.
Katanya, di Pulau Pinang, beberapa projek klinik kesihatan perlu diberi keutamaan seperti KK3 Bandar Tasek Mutiara yang tertangguh hampir setahun.
"Projek itu kini telah disambung semula; KK3 Mak Mandin yang telah diluluskan pada 2023 tetapi belum dimulakan serta KK2 Bayan Lepas yang menerima kelulusan khas daripada Perdana Menteri dengan kos RM72 juta dan perlu menunjukkan kemajuan ketara.
"Oleh itu, saya berharap KKM, Kementerian Kerja Raya, dan Jabatan Kerja Raya untuk terus memperkukuh pemantauan dan tadbir urus bagi memastikan projek-projek ini disiapkan seperti yang dirancang," ujarnya.
Dr Dzulkefly bagaimanapun mengakui bahawa kos pembinaan kemudahan kesihatan, khususnya hospital, telah meningkat dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Walaupun harga bahan mentah dan keperluan teknikal memainkan peranan, kita tidak boleh menafikan keperluan untuk menyemak semula proses pembangunan dan spesifikasi dalam sektor awam,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/726268/berita/nasional/hsj-jadi-rujukan-utara-rawatan-kardiologi-dan-kardiotorasik-pediatrik


Pages: [1]
View full version: HSJ jadi rujukan utara rawatan kardiologi dan kardiotorasik pediatrik


ADVERTISEMENT