Raline Publish time 2-5-2025 09:34 AM

Sudah ada tiga orang anak, Kim Jung Min mengamuk dituduh suka kaum sejenis




TIADA angin tiada ribut, muncul dakwaan kononnya penyanyi dan pelakon Kim Jung Min seorang homoseksual.

Berang dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya, Jung Min, 56, sebaliknya meminta individu tersebut agar membunuhnya daripada menyebarkan fitnah tentangnya.

“Lebih baik bunuh sahaja saya daripada sebarkan cerita palsu ini! Tolong laporkan video ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Jung Min menjawab perkara berkenaan selepas dia disenarikan antara lima selebriti lelaki yang mengakui sebagai homoseksual namun berkahwin dan mempunyai anak.

Video berkenaan menyebut Jung Min secara terbuka mendedahkan orientasi seks sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.



Dalam pada itu, Jung Min memberitahu dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah tentangnya.

Malah Jung Min juga dengan tegas memberi peringatan kepada pihak berkenaan tentang akibat yang bakal diterima.

“Sesiapa sahaja yang buat cerita ini, ada dalam bahaya,” katanya.

Untuk rekod penyanyi ini berkahwin dengan Tani Rumiko pada tahun 2006 dan mereka memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.

Pages: [1]
View full version: Sudah ada tiga orang anak, Kim Jung Min mengamuk dituduh suka kaum sejenis


ADVERTISEMENT