sfhzuraz Publish time 2-5-2025 01:38 AM

Lelaki maut kereta dipandu terbabas masuk parit

Lelaki maut kereta dipandu terbabas masuk parit

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 1, 2025 @ 9:30pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/6098005343389992236_1746106197.jpg
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Dua, Butterworth. - Foto ihsan JBPM Pulau Pinang


BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Kilometer 125.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Dua, di sini, petang tadi.
Mangsa, Ooi Chen Chi, 37, yang memandu Toyota Vios disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah, berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 5.50 petang.
"Seorang lelaki tersepit pada ruang tempat duduk pemandu sebelum anggota operasi membantu mengeluarkannya.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi," katanya dalam kenyataan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/05/1391197/lelaki-maut-kereta-dipandu-terbabas-masuk-parit




Pages: [1]
View full version: Lelaki maut kereta dipandu terbabas masuk parit


ADVERTISEMENT