BALAS BALIK - 29 MEI 2025 Kisah 'Espionage' [SHUKRI YAHAYA]
Edited by eddlisa_uyuk at 6-5-2025 11:07 AMLEBIH dikenali di kaca skrin televisyen, pengarah Mohd Feroz Abd Kader Sahib, 49, atau lebih dikenali sebagai Feroz Kader mengambil langkah berani menerjah ke dunia perfileman menerusi Balas Balik.
Mula ditayangkan pada 29 Mei, naskhah tersebut menjadi karya filem ketiganya selepas mencuri kelainan menerusi Seratus yang ditayangkan pada 2022.
Berbeza dengan filem-filem aksi lain yang banyak mengetengahkan elemen letupan dan tembakan yang menelan kos jutaan ringgit, Balas Balik memberi rasa dan warna baharu dalam kisah yang sarat dengan nilai kesedaran untuk dibawa pulang penonton.
Menampilkan aktor popular, Shukri Yahaya sebagai penggerak naratif, filem tersebut hadir dengan sebuah kisah penyiasatan bergaya seorang detektif yang ditugaskan menyelesaikan ‘puzzle’ penyiasatan kes kematian mengejut seorang CEO.
"Bila filem genre begini, story line sangat penting. Kami fokus dalam penghasilan skrip, tiga bulan juga saya ambil masa, berbincang dan tulis.
"Penerbit mahukan kelainan dan saya pun suka. Dari awal, Balas Balik memang asalnya filem bukan drama,” katanya.
Menggabungkan pelbagai unsur dan konsep filem termasuk nilai komersial, ia nyata berbeza daripada filem arahannya sebelum ini.
"Penonton boleh hubung kait konsep sebegini dengan filem-filem penyiasatan Hollywood. Kami kena pastikan setiap babak ada motif supaya penonton kekal dalam momentum sehingga bertemu jawapan di hujung cerita.
"Nak kekalkan adrenalin, rasa ingin tahu sepanjang cerita dan babak-babak itu sangat penting, the hidden point perlu kemas.
"Kalau cerita hantu kena ada jump scare, filem ini terletak kepada nilai saspens. Itu yang jadi kata kunci yang pegang, gam perhatian penonton sampai habis. Penonton kena seronok,” katanya yang tetap menerapkan mesej dalam berkarya.
Tambahnya, Balas Balik tidak hanya fokus kepada watak utama iaitu Detektif Zul (Shukri Yahaya).
"Ada banyak watak lain yang turut diberi penekanan, semua ada motif dan karakter yang mereka harus dikeluarkan," katanya.
Selain Shukri Yahaya, filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Marisa Yasmin, Zarul Umbrella, Adam Lee, Meor Mohd, Razman Mahayudin, Josiah Lim dan Maisara Sufia. — Majoriti
Ini adalah filem ketiga Feroz Kader. Filem pertamanya, Seratus, mendapat sambutan hangat dan keluar pada tahun 2022 emoji. Feroz Kader terkenal kerana menyediakan sesuatu yang berbeza dalam setiap karya, dan Balas Balik tidak terkecuali.
Pages:
[1]