sfhzuraz Publish time 29-4-2025 07:25 PM

Anak asnaf Perlis terima RM200 menerusi PEKA Simpan SSPN

Anak asnaf Perlis terima RM200 menerusi PEKA Simpan SSPN

AZLEENDA SAHALUDIN
29 April 2025 03:24pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/29/3104771.webp
Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) dan Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan PEKA Simpan SSPN Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis.


SHAH ALAM - Seramai 200 anak asnaf yang baru dilahirkan di Perlis menerima sumbangan RM200 setiap seorang menerusi Program Permata Kasih (PEKA) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Sumbangan berjumlah RM400,000 itu disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada anak-anak asnaf kelahiran baharu mulai 1 April 2025.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kerjasama dengan MAIPs menerusi program PEKA Simpan SSPN memberi sinar baharu kepada keluarga asnaf agar mengutamakan pendidikan tinggi untuk mengubah nasib keluarga.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/29/3104770.webp
Mohd Nazim (kiri) menyerahkan cek cura sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM400,000 kepada Ahmad Dasuki.


Katanya, PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha memperkasa penabungan bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
“Simpan SSPN ini juga menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000, kadar dividen yang kompetitif serta simpanan dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya ketika majlis peluncuran PEKA Simpan SSPN yang disempurnakan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullai di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Dalam pada itu, Raja Perlis bertitah, pelaksanaan insentif kelahiran itu melambangkan keprihatinan MAIPs dan PTPTN untuk memastikan masyarakat Perlis khususnya anak-anak asnaf mempunyai penabungan pendidikan tinggi sekali gus melahirkan generasi celik kewangan.
“Usaha ini membuktikan kebajikan golongan asnaf sentiasa menjadi keutamaan pelbagai pihak kerana sesungguhnya, pendidikan merupakan kunci kepada perubahan untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan,” titah baginda.
https://www.sinarharian.com.my/article/725724/edisi/utara/anak-asnaf-perlis-terima-rm200-menerusi-peka-simpan-sspn

Pages: [1]
View full version: Anak asnaf Perlis terima RM200 menerusi PEKA Simpan SSPN


ADVERTISEMENT