Bantu kecilkan muka akibat kesan sampingan ubat steroid, Ashanty nekad puasa 120 jam
PENYANYI Indonesia, Ashanty baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani puasa panjang selama 120 jam.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, dia berkongsi pengalaman tersebut yang dianggap detik gembira sambil menjelaskan proses puasanya.
"Alhamdulillah, saya berjaya berpuasa selama lima hari bersamaan dengan 120 jam," kata Ashanty atau nama sebenarnya Ashanti Hastuti.
Sepanjang tempoh berpuasa, isteri kepada Anang Hermansyah itu hanya mengambil air teh hijau tanpa kalori dan air kosong.
"Saya cuma minum teh hijau tanpa kalori dan mengambil sekurang-kurangnya 2 liter air putih setiap hari. Saya juga tambah pengambilan air garam, sekitar setengah liter.
Jadi, jumlah keseluruhan minuman saya kira-kira 2.5 liter sehari," tambahnya.
Ashanty berkata, dia tidak berasa terbeban sepanjang menjalani puasa panjang itu.
Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesihatannya ke tahap lebih baik.
Katanya lagi, puasa membantu mengurangkan masalah 'moon face' atau kesan bengkak pada wajah akibat pengambilan ubat steroid yang pernah diambil secara harian untuk merawat penyakit autoimun yang dialami. - MAJORITI
Pages:
[1]