sfhzuraz Publish time 29-4-2025 02:45 PM

Malaysia catat RM16.2 bilion dalam pelaburan digital

Edited by sfhzuraz at 29-4-2025 02:47 PM

Malaysia catat RM16.2 bilion dalam pelaburan digital

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
29 April 2025 01:36pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/29/3104578.webp
Gobind (kanan) dan Jagdeep merasmikan Majlis Hari Terbuka MD 2025 pada Selasa.


GEORGE TOWN – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju digital serantau apabila mencatat jumlah pelaburan digital yang diluluskan di bawah Inisiatif Malaysia Digital (MD) sebanyak RM16.2 bilion bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Kejayaan itu sekali gus dijangka mewujudkan 6,480 peluang pekerjaan baharu di seluruh negara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, prestasi memberangsangkan itu membuktikan keyakinan kukuh pelabur global terhadap ekosistem digital negara yang semakin berkembang pesat.
Menurutnya, Malaysia kini bukan sahaja membina ekosistem perniagaan digital yang mampan, malah memperkasa rakyat melalui teknologi serta memastikan manfaat pendigitalan dirasai di semua lapisan masyarakat.

“Komitmen kita terhadap tadbir urus yang stabil, dasar mesra pelabur dan inovasi digital adalah faktor utama yang terus menarik perhatian dunia,” katanya ketika berucap pada Hari Terbuka Malaysia Digital 2025 di sini pada Selasa.

]https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/29/3104577.webp
Gobind (dua dari kiri) turut melancarkan Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital.

Majlis Hari Terbuka MD 2025 turut menyaksikan pelancaran Pejabat Wilayah Utara Kementerian Digital yang akan memperkukuh lagi pemerkasaan digital di peringkat negeri.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo serta Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari.

Dalam pada itu, Gobind berkata, sektor berimpak tinggi seperti pusat data dan perkhidmatan awam menjadi pemacu utama, menyumbang lebih RM9.9 bilion atau 60 peratus daripada keseluruhan pelaburan digital.
"Ia diikuti syarikat kecerdasan buatan (AI) yang membentuk 27 peratus daripada syarikat baharu berstatus MD.
"Malaysia juga mendapat kepercayaan pelabur dari pasaran utama termasuk Belanda, Singapura, Hong Kong, India dan United Kingdom, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu gerbang digital rantau ini," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil berkata, pihaknya komited untuk memperkukuh usaha memperkasa ekonomi digital negara melalui pelbagai inisiatif seperti Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan, Inisiatif Pendigitalan Perniagaan dan Inisiatif Bandar AI.
“Malaysia kini bukan sahaja membina keupayaan digital, tetapi memupuk budaya inovasi kebangsaan untuk memastikan pertumbuhan jangka panjang dan peluang yang lebih luas buat rakyat,” katanya.
Menurut beliau, Pulau Pinang turut mencatat pencapaian membanggakan dengan menarik RM1.23 bilion pelaburan digital setakat ini, sekali gus mewujudkan 266 peluang pekerjaan baharu, terutama dalam sektor bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu dan perisian tertanam.
"Dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekosistem digital di utara, MDEC turut memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Digital Penang untuk menggalakkan penggunaan teknologi baharu seperti data raya, AI, Web3, kandungan 5G, keselamatan siber dan rantaian blok," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/725701/berita/semasa/malaysia-catat-rm162-bilion-dalam-pelaburan-digital

Pages: [1]
View full version: Malaysia catat RM16.2 bilion dalam pelaburan digital


ADVERTISEMENT