sfhzuraz Publish time 29-4-2025 12:53 PM

Penduduk di Taman Wira, Mergong boleh tarik nafas lega

Penduduk di Taman Wira, Mergong boleh tarik nafas lega

Zuliaty [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/32s_1745881241.jpg
BANJIR kilat yang sering berlaku di Taman Wira Mergong akan diatasi dengan projek menaik taraf kawasan itu bulan depan.



Alor Setar: Masalah banjir kilat yang kerap berlaku sehingga merunsingkan penduduk di Taman Wira, Mergong dijangka selesai apabila kerja menaik taraf kawasan itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Setar sudah menerima peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaik taraf perparitan di kawasan taman perumahan itu.
Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan termasuklah mengorek longkang sepanjang kawasan Taman Wira itu sehingga ke masjid berhampiran.
Katanya, kerja-kerja menaik taraf kawasan Taman Wira itu akan dilakukan secara berperingkat.
"MBAS juga akan menyusun semula peniaga yang menjalankan perniagaan di tepi jalan di situ selain memohon semua peniaga mendapatkan lesen sewajarnya serta mengutamakan kebersihan.
"Alhamdulillah, MBAS sudah mengadakan perbincangan dengan 88 peniaga kecil di sekitar Taman Wira, Mergong dan memaklumkan mengenai projek naik taraf di kawasan berkenaan.
"Cadangan tempat dan lokasi untuk peniaga di Taman Wira, Mergong perlu dikaji semula akan dimaklumkan pada masa akan datang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Semalam Harian Metro melaporkan rintihan penduduk Taman Wira, Mergong di sini yang kerap berdepan masalah apabila kawasan setiap kali hujan lebat.
Malah, masalah ini sudah lama berlaku dan penduduk sudah lali tetapi mereka bimbang banjir kilat turut menyebabkan kemalangan, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya dan penduduk.
Dalam pada itu, Abdul Gafar berkata, selain itu, beliau meminta penduduk di kawasan itu supaya menggunakan kesempatan itu supaya bersama turut serta membersihkan kawasan perumahan masing-masing.
Katanya, ini kerana ketika melakukan rondaan di Taman Wira baru-baru ini, terdapat penduduk yang menyimpan barang lama, binaan yang menutup parit belakang rumah.
"Saya meminta kerjasama penduduk untuk turut sama membersihkan kawasan perumahan mereka khasnya perparitan sekeliling rumah supaya tidak berlaku lagi air bertakung sehingga menyebabkan banjir kilat," katanya.


Disiarkan pada: April 29, 2025 @ 7:00am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1212874/penduduk-di-taman-wira-mergong-boleh-tarik-nafas-lega



Pages: [1]
View full version: Penduduk di Taman Wira, Mergong boleh tarik nafas lega


ADVERTISEMENT