tatod Publish time 28-4-2025 04:57 PM

Hetty Koes tidak dibayar, hadir ke majlis KPKM atas dasar sahabat





SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak membuat sebarang pembayaran untuk kemunculan artis terkenal dari Indonesia, Hetty Koes Endang ke rumah terbukanya.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, khidmat Hetty Koes pada Majlis Rahmah Mesra Aidilfitri 2025 adalah percuma kerana persahabatan mereka.

Kata beliau, Hetty Koes turut bersahabat baik dengan isterinya, Datin Seri Normah Alwi.

Jelasnya lagi, kehadiran Hetty Koes ke majlis tersebut adalah secara kebetulan di mana beliau sebenarnya mahu bercuti di Langkawi.

“Kalau nak ambil dia (menyanyi, kena bayar) RM100,000. Tapi dia beri khidmat percuma di atas sahabat saya dengan dia dan isteri saya kenal dengan dia.

“Dia kebetulan nak datang bercuti ke Langkawi, maka dia sedia untuk singgah di sini dan memberi persembahan percuma. Kalau kita nak bayar, kita tak akan mampulah bayar, sebab dia taraf profesional,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, di sini, hari ini.

Kemunculan Hetty Koes mendapat perhatian dan sambutan yang meriah apabila beliau mempersembahkan tiga buah lagu yang dipopularkannya iaitu Tak Ingin Sendiri, Tradisi Hari raya dan Berdiri Bulu Romaku.

Selain Hetty Koes, artis lain yang turut diundang untuk memeriahkan majlis berkenaan adalah Datuk Jamal Abdillah.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kebiasannya Hetty sering melakukan persembahan di Singapura kerana memperoleh bayaran yang lumayan.

“Selalunya Hetty Koes Endang ini suka perform di Singapura, kerana di Singapura ini, kita tahulah nilai mata wangnya begitu tinggi dibandingkan dengan nilai rupiah dan ringgit,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan menerima kritikan hebat susulan penganjuran majlis sambutan hari raya selepas mengundang artis popular tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Jamal Abdillah. – UTUSAN.


Samerosie Publish time 28-4-2025 08:47 PM

Bukit kan kudaki laut pun kuseberangi
Agar dapat lupakan dirimu
Namun apa daya aku manusia
Gagal menghapus kenangan lama

Decaffeinated Publish time 28-4-2025 09:42 PM

Wartawan cari takde group whatsapp atau compete dengan diri sendiri. Logout login buka thread sama nick sahaja lain2.

miracle_forever Publish time 29-4-2025 03:08 AM

tiber… semua kononnya buat free performance. untung la :P:P:P

hyie Publish time 29-4-2025 03:16 AM

takda netizen nak kecam2 lagi ke chuolss? :$

imransulaiman Publish time 29-4-2025 03:37 AM

Datuk Jamal pun free jugak ke? Tanya jer...

imanamsyar Publish time 30-4-2025 08:09 AM

hurrmmmmmmmmmmmm...agak sulit untuk ku purrrrcayaaaaaa....hampir amat mustahillll...

shernazz Publish time 30-4-2025 11:43 AM

Takpe lah
Layan jelah sambil berdiri bulu romakuuuuuu

JahLupa Publish time 1-5-2025 12:09 AM

Dan dan semua kerja amal. Cuba check kewangan masing2..
Pages: [1]
View full version: Hetty Koes tidak dibayar, hadir ke majlis KPKM atas dasar sahabat


ADVERTISEMENT