sfhzuraz Publish time 28-4-2025 04:18 PM

Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas

Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 28, 2025 @ 4:01pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/rempuh28_1745827252.jpg
Wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan di Simpang 3 Jalan Taman Bersatu di sini, hari ini. - Foto ihsan pembaca


SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan di Simpang 3 Jalan Taman Bersatu di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Han Chin Ting, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di muka dan kepala serta beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati kenderaan MPV Perodua Alza dipandu berusia 68 tahun itu dipercayai diserang angin ahmar.
Katanya, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum masuk ke dalam kedai makan itu dan melanggar mangsa yang sedang makan di sebuah meja.
"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang juga pelanggan kedai makan itu beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Wan Azharuddin berkata, pemandu kereta itu yang beralamat di Taman Bersatu, di sini dilaporkan mengalami sakit di dada dan kaki.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1389799/wanita-sedang-bersarapan-maut-dilanggar-mpv-terbabas




Pages: [1]
View full version: Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas


ADVERTISEMENT