sfhzuraz Publish time 28-4-2025 03:43 PM

BN boleh rampas Kedah dengan formula 'ABCDE' - Ahmad Maslan

BN boleh rampas Kedah dengan formula 'ABCDE' - Ahmad Maslan

Noorazura Abdul [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm351mass_1745824578.jpg
AHMAD Maslan ketika mengadakan lawatan kerja ke ke pejabat CIDB Kedah di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman



Alor Setar: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu merampas semula Kedah sekiranya meneruskan kejayaan menggunakan formula 'ABCDE' yang terbukti berkesan dalam lima Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, formula itu ialah aktiviti, berpadu, calon, data dan emosi.
Katanya, kaedah itu adalah aktiviti yang berterusan, berpadu semua jentera, calon yang terbaik, data yang amat penting dan emosi pengundi yang stabil di tempat PRK diadakan.
"Formula ini telah membantu kita menang di Tioman, Pelangai, Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning. Jika terus diaplikasikan dengan bersungguh-sungguh, saya percaya kita boleh berjaya bukan sahaja dalam PRK, malah dalam pilihan raya negeri dan umum.
"Saya berharap gelombang kemenangan ini akan sampai ke Kedah. Dalam politik, tiada yang mustahil. Lihat saja Tun Dr Mahathir Mohamad, menang besar di Langkawi pada PRU14, tapi hilang deposit pada PRU15," katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Kedah, di sini hari ini.
Ahmad berkata, faktor emosi pengundi menjadi kunci penting dalam setiap pilihan raya, merujuk kekalahan BN di PRK Sungai Bakap.
"Di Sungai Bakap, emosi pengundi terjejas akibat beberapa isu seperti Titah Adendum, BlackRock, subsidi diesel serta masalah tekanan air rendah walaupun tarif naik.
"Sebaliknya di Ayer Kuning, emosi pengundi lebih stabil dan itu membantu kemenangan kita. Maka, menjaga kestabilan emosi pengundi amat penting untuk masa depan," katanya.
Pada PRK DUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, dari Barisan Nasional (BN) diumum menang dengan majoriti lebih besar apabila memperoleh 5,006 undi majoriti atau 11,065 undi keseluruhan.
Setiausaha Umno Bahagian Tapah itu menewaskan dua pencabarnya iaitu Abdul Muhaimin Malek, 44, daripada PN dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.


Disiarkan pada: April 28, 2025 @ 3:13pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1212678/bn-boleh-rampas-kedah-dengan-formula-abcde-ahmad-maslan



sfhzuraz Publish time 28-4-2025 03:43 PM

sembang kari {:1_550:}
Pages: [1]
View full version: BN boleh rampas Kedah dengan formula 'ABCDE' - Ahmad Maslan


ADVERTISEMENT