sfhzuraz Publish time 28-4-2025 02:31 PM

Skuad Piala Sudirman negara mula langkah kanan

Edited by sfhzuraz at 28-4-2025 02:32 PM

Skuad Piala Sudirman negara mula langkah kanan



Oleh Sukhairi Thani - April 28, 2025 @ 1:54pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/GOH_SZE_FEI_0d75983d71c44ab9a271d83fc45db48d_1745819631.jpg
Beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani membantu skuad menewaskan Perancis 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C di Xiamen, China. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD


KUALA LUMPUR: Skuad negara membuka kempen Piala Sudirman 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan Perancis 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C di Xiamen, China, sebentar tadi.
Malaysia mempertaruhkan beregu lelaki utama, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada perlawanan pertama menentang gandingan ranking ke-58 dunia, Mael Cattoen-Lucas Renoir.
Nyata perlawanan itu mudah 'dihadam' Sze Fei-Nur Izzuddin yang berada di ranking kedua dunia apabila hanya memerlukan 29 minit untuk mencatat kemenangan 21-11, 21-9 bagi membolehkan Malaysia mendahului 1-0.
Momentum itu diteruskan perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang mengatasi Leonice Huet 21-10, 21-19 dalam tempoh 33 minit sekali gus meletakkan skuad negara terus berada dalam kedudukan lebih selesa.
Begitupun, situasi seakan sedikit cemas apabila perseorangan lelaki yang juga kapten skuad negara, Leong Jun Hao dipaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Arnaud Merkle, 22-20, 21-19 dalam tempoh 55 minit.
Kemenangan Jun Hao, 25, ke atas lawan sebayanya itu meletakkan Malaysia terus mendahului dengan 3-0 sebelum beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah mudah mengatasi Marget Lambert-Camille Pognante 21-13, 21-10 dalam tempoh 32 minit.
Menutup tirai kemenangan 5-0 Malaysia ke atas Perancis adalah beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang menewaskan gandingan Gregoire Deschamp-Elsa Jacob 21-7, 21-19 dalam tempoh 29 minit.
"Mata yang penting buat kami selepas rakan sepasukan mengurangkan tekanan dengan memenangi perlawanan. Kami hanya memasuki gelanggang untuk dapatkan momentum dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.
"Apapun, secara keseluruhannya satu perlawanan yang bagus," kata Shevon.
Skuad negara dijadual menentang Australia yang tewas 0-5 di tangan Jepun, esok sebelum menutup tirai saingan Kumpulan C menentang Jepun pada 1 Mei.
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/04/1389729/skuad-piala-sudirman-negara-mula-langkah-kanan





Pages: [1]
View full version: Skuad Piala Sudirman negara mula langkah kanan


ADVERTISEMENT