Hamilton bergelut di Ferrari
Hamilton bergelut di FerrariAgensi
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Lewis_Hamilton_1745814232.jpg
HAMILTON masih belum temui sentuhan terbaik bersama Ferarri. -FOTO AFP
London: Pelumba Formula Satu, Lewis Hamilton, dilaporkan sedang bergelut dengan prestasi hambar bersama pasukan baharunya, Ferrari, musim ini dengan data dan fakta menunjukkan dia sedang mengalami kemerosotan ketara.
Walaupun sempat merasai sedikit kemanisan kemenangan menerusi kejayaan menjuarai perlumbaan pecut di Grand Prix China, pencapaian itu dilihat sebagai pengecualian dalam deretan keputusan kurang memberangsangkan setakat ini.
Kedua-dua Hamilton dan rakan sepasukan, Charles Leclerc, mengakui terdapat masalah teknikal pada jentera SF-25, namun tumpuan tetap tertumpu kepada Hamilton susulan perpindahannya dari Mercedes.
Menurut bekas pelumba F1, David Coulthard, dalam satu temu bual bersama Channel 4, Hamilton sendiri sedar bahawa dirinya masih belum mencapai tahap prestasi sebenar.
"Dia seorang yang realistik. Realiti itulah yang menjadikannya antara pelumba paling berjaya dalam sejarah F1, setanding Michael Schumacher dari segi kejuaraan dunia."
"Tetapi buat masa ini, ini masih versi Lewis Hamilton yang belum berada di tahap terbaik.
"Mereka yang tak nampak kelemahan dia mungkin akan bertanya siapa saya untuk berkata begitu. Tapi saya bercakap berasaskan data dan fakta," kata Coulthard.
Jelas Coulthard lagi, Hamilton tahu dia perlu melakukan lebih lagi jika mahu menandingi Leclerc, yang dilihat lebih konsisten walaupun turut berdepan masalah jentera.
Disiarkan pada: April 28, 2025 @ 12:24pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/04/1212573/hamilton-bergelut-di-ferrari
Pages:
[1]